Header Ads

Drama Suara Hati (Astro Prima)


Suara Hati, sebuah drama melayu bersiri yang akan ditayangkan di Astro Ria gandingan pelakon Syafiq Kyle, Hanna Aqeela, Aidil Aziz dan ramai lagi. 

Drama Suara hati adalah drama adaptasi novel 'Suara Hati' karya Anis Ayuni arahan Emi Suffian, terbitan Global Station Sdn Bhd.

Drama Suara Hati (Astro Prima)

Drama : Suara hati
Jumlah episod : 13
Mula tayangan : 19 Julai 2021
Waktu siaran : Isnin-Jumaat, 6.00 petang
Siaran TV : Slot Tiara Astro Prima
Penulis Skrip : Farah Alya As’ari
Penulis novel : Anis Ayuni
Pengarah : Emi Suffian (Pyan Screw)
Produksi : Global Station Sdn Bhd

SINOPSIS SUARA HATI

Hani (Hanna Aqeela), seorang pelajar universiti bercinta dengan Haris (Syafiq Kyle) yang aktif dalam aktiviti sukan. Akan tetapi Haris hilangkan diri dan sepi tanpa khabar berita. Hani kemudiannya diperkenalkan oleh ibu bapanya dengan Naim (Aidil Aziz), seorang pensyarah di universitinya.

Bila Haris muncul semula, semuanya sudah terlambat sebab Hani telah disatukan dengan Naim. Perkahwinan Hani dan Naim sangat bahagia, namun Naim meninggal dunia semasa Hani mengandungkan anak kedua mereka. Hani bertemu semula dengan Haris yang ingin kembali dalam hidupnya semula.

PELAKON DRAMA SUARA HATI

Syafiq Kyle sebagai Haris
Hanna Aqeela sebagai Hani
Aidil Aziz sebagai Naim
Zera Hariz sebagai Suraya
Afzan A Rahman sebagai Amir
Qistina Khaled sebagai Sarah
Syahir Shafein sebagai Ramzi
Liza Rafar
Fazlina Ahmad Daud
Shah Rezza

5 comments:

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.