Header Ads

Siram Pokok Bunga

Selamat pagi ahad. Kejap je dah ahad, Walaupun masih di kampung tapi rasa tak puas sebab balik rumah hanya untuk melepaskan rasa penat ulang alik hospital. Bukan dekat tapi boleh tahan jauh juga. 2 jam pergi balik. Mujurlah boleh bertukar tukar shift dengan yang lain.

Selagi kita boleh berbakti pada parents, why not. InshaAllah pasti ada hikmahnya. Masih menanti berita gembira, harap cepatlah mak boleh keluar hospital. Bila doktor bagitahu ada jangkitan kuman. Apa apa pun boleh terjadi. Kita tak tahu, semoga keputusan sample nanti baik-baik je. Aaminn...

Bila berkesempatan di kampung, ambil tugas mak menjaga pokok-pokok bunga mak. Siram pokok bunga mak yang perlu dimandikan setiap hari. Tak pagi, petang saya siram. Ikut sempat sebab cuaca pun panas sekarang, kan.

sempat juga ambil gambar siram bunga. Husband tolong siram bunga, isteri kerjanya ambil gambar. Cahaya pun sedap elok ketika itu, inilah hasilnya. Gambar air tak berapa nak sharp tapi bolehlah nampak comel air bulat bulat tu.

Siram  Pokok Bunga
shot on iphone 12 pro max back camera 5.1mm f/1.6 1/1400 sec, ISO 32

Apa yang saya tahu, waktu sesuai siram bunga ni pagi, petang dan malam. Alat untuk siram bunga, kalau bunganya banyak macam mak saya ni kenalah guna getah paip. Kalau guna watering can memang lambat lah siap kerja siram pokok bunga tu.


15 comments:

  1. Kat rumah k ret bunga dh kurang.. Banyak pokok2 ijo je.. Itupun adik yg tanam.. Klu k ret rajin, kita tlg la siramkn😁

    Harap mak fizah cepat2 sihat ye..

    ReplyDelete
  2. Semoga urusan Fiza dipermudahkan Dan semoga mak Fiza cepat sembuh hendaknya. Aamiin...

    ReplyDelete
  3. Sy siram pokok jgk dkt halaman belakang rumah .

    ReplyDelete
  4. Semoga mak Fizah cepat-cepat sihat dan dapat keluar hospital. Cantik gambar, guna iphone 12.

    ReplyDelete
  5. wahhh cantiknya gambar! kalo dkt nk sruh fiza amek gmbr ootd sy je.. haha

    semoga mak fiza kembali sihat seperti sediakala.. dan cpt2 blh kluar hospital.. aminn

    ReplyDelete
  6. Betul la tu sesuai siram petang dan malam. Kalau siang, kena matahari air tersejat cepat, tak sempat pokok resap

    ReplyDelete
  7. cantiknya gambar kak. sye tak hbis explore lagi pakai ip 12pm ni hehe

    ReplyDelete
  8. Kalau saya biasa siram pokok daun pandan dengan pokok daun kari hehehe.
    Semoga segala urusan mak kak fizah dan keluarga dipermudahkan.

    ReplyDelete
  9. Moga mak fiza cepat sembuh. Jauh juga tu 2 jam perjalanan. tapi tak apalah. khidmat bakti untuk ibu besar ganjarannya. ye, waktu sesuai siram pokok bunga ialah waktu pagi dan petang.

    ReplyDelete
  10. Cantik gambar ip 12.. semoga mak fiza sembuh dan tak serius sgt

    ReplyDelete
  11. Cantik gambarnya. Memang mak Fiza banyak tanam pokok bunga.

    ReplyDelete
  12. ni bkn nk siram pokok tp nk berphotoshoot hahahaha #gurau

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.