Header Ads

Oden Kejap Sedap Kejap Kureng

Family Mart dah boleh panggil saya jadi duta dah ni. Asyik up menu Family Mart je ni. Haha..Penangan bila masuk Family Mart. Tak cukup satu, mesti angkut balik yang lain sekali.

Oden

Oden (おでん) is a Japanese one-pot dish consisting of several ingredients such as boiled eggs, daikon, konjac, and processed fishcakes stewed in a light, soy-flavored dashi broth.-wikipedia

Si Oden yang viral ini lah yang membuatkan Family Mart lebih terkenal. Masa Family Mart hanya dibuka di Kuala Lumpur dan Selangor tak berapa nak viral lagi masa tu.


Lepas tu ramailah tiruvasi Oden. Dan dah banyak pun orang menjual oden bermacam-macam versi oden di pasaran. Ada juga yang jual pes oden family mart. Pilih je mana yang berkenan. Lepas tu cawangan Family Mart pun membiak ke serata negeri negeri lain. 

Oden Family Mart

Oden ni boleh dikira berapa kali je saya beli. Adalah dalam 3 4 kali macam tu. Apa yang saya perasan kuah oden ni dia kejap sedap kejap kureng rasa dia. Tak konsisten!

Rasa kuah oden yang sedap bergantung pada pembuat kuah tu. Mungkin kadang kadang dah nak habis, dia topup terus tak ikut sukatan. Ke?

Bila sekali kau rasa tak berapa nak sedap, terus putus selera nak memesan oden lagi. Tunggu rasa betul betul teringin baru beli. 

Tapi itulah bila teringin makan, dapat pulak yang kurang menepati selera. Lagi lah selera menjauh pergi. Kan?

baca juga : oden spicy vs oden tomyam

Lagi satu saya confuse, oden ni ada kuah tomyam je ke? Sebab sekarang ada yang kuah tomyam je. Dulu masa buka ada kuah spicy dan tomyam. Ke cawangan tertentu je ada banyak pilihan?



15 comments:

  1. haritu teringin nak try masa singgah family mart tapi dah kenyang hahaha terus tak jd beli

    ReplyDelete
  2. Oden Family Mart mmg sangat famous skang kan kak. Hope dapat rasa juga nanti. Bila lalu depan Family mart, berduyun duyun tgk org beli oden ini. Satu lagi dulu ada aiskrim jual juga kan kak. ramai cakap sedap juga. huhu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. FM tak pernah tak ramai orang. Kalau membeli kena tengok line clear ke tak dulu. Aiskrim pernah rasa 2 jenis je :)

      Delete
  3. Ada sekali tu. Mengidam nak makan oden. Beli lewat malam. Sekali masin. T^T trus bantut selera makan mak buyong. Teringin sebab teringat pergi ngan akak sy masa tu sedap. sob sob aje laa

    ReplyDelete
  4. Akak pernah try sekali beli oden kat FM, sebab nak rasa benda apa la Oden yang orang dok sebut.
    Tapi rupanya biasa jelah, ala2 makan fish cake celup kuah tomyam.
    Tak beli lagi dah...haha

    ReplyDelete
  5. adik kakmim suka buat sendiri je.. tp kalo ke kl mmg syoklahhh masuk FM... mkn esrem dia lg... setakat ni FM xde lg kt kch ni haaa

    ReplyDelete
  6. dari dulu, tak pernah suka oden malaysia ... pernah makan skali jer.. then tak rasa pun nak try more

    ReplyDelete
  7. Pernah makan sekali je oden FM, bila balik terengganu dah tak boleh merasa hahaha.
    Last last buat versi sendiri je oden. Senang :D

    ReplyDelete
  8. sama lah kiye, baru 2-3 kali jer beli oden kat family mart ni

    ReplyDelete
  9. Dulu teringin sangat nak makan oden sebab sibuk orang cerita oden. dah merasa sekali, rasanya boleh buat sendiri di rumah, boleh tambah atau kurangkan bahan ikut selera.

    ReplyDelete
  10. Oden sedap makan panas2 kalau bawa balik rumah tu mcm dh tak laku nk dimakan

    ReplyDelete
  11. Rasa tu biasanya dipengaruhi dengan orang yang buat.. Kalau dia tak ikut sukatan, tak sedaplah jadinya.. hehehe

    ReplyDelete
  12. Oden ada perisa tomyam, bukan asal asli dari Jepun kan?
    Ada dengar orang puji ada kata oden Family Mart biasa sahaja.

    ReplyDelete
  13. Pernah try sekali. Tp Lurviey yang masuk dalam beli. Tak tahu la nak kata rasa macam mana. Sedap ke tak sedap ke.. Sebab rasa mcm pedas terlebih. Sekali tu je la beli. Lepas tu teringin oden buat sendiri je. Hehe..

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.