Header Ads

Semangkuk Maggi Ayam

Nak makan apa ek? Rasa macam nak makan mi maggi ayam je. Macam dah lama pulak tak makan maggi ayam. Asyik kari kari kari dan kari lagi. Teringat makan mi maggi ayam yang sedap zaman dulu kala. Taklah dulu kala sangat. Zaman kanak-kanak dulu lah, suka juga makan maggi ayam sesekali.

Saya punya pemikiran dulu, maggi ayam ni untuk budak budak je sebab tak pedas. Bila rasa macam nak makan makanan berkuah macam sup, maggi ayam lah pilihannya. 


Tumis bawang putih dan cili api. Masukkan air secukupnya. Masukkan perencah, mi maggi, telur dan sayur sawi. Sawi dan telur tu wajib ada. Ada pulak stok taugeh sikit. Makanya kita tambah accesories atas dia. 

Bukan sekadar hiasan, sedap makan taugeh fresh dengan kuah maggi ayam panas-panas. Masak maggi kalau ditumis memang lagi sedap dan mi jangan terlalu kembang.

Hidangan ringkas sebungkus maggi ayam sup untuk tekak yang nak makan sup ayam. Masakkan je maggi ayam 5minit. Siap!


20 comments:

  1. sesekali makan maggi sedap nie

    ReplyDelete
  2. Rumah kita pun asyik maggi kari kari kari, hihi

    ReplyDelete
  3. saya kalau masak megi, masak tu je lah, takde tumis2 letak sayur bagai...

    ReplyDelete
  4. sedapnya, akak pun suka campur banyak sayur dalam maggi ayam hehehe telur itu wajib

    ReplyDelete
  5. maggi boleh makan time anak2 tidur @ g sekolah je. sebab nanti diaorang nak gk hahahaha

    best jgak buat maggi style fiza ini. tak rasa bersalah sangat hehehe

    ReplyDelete
  6. maggi wajib ada di rumah, sepeket pun jadi, makan bila rasa teringin sesangat.

    ReplyDelete
  7. Kak Amie jarang makan maggi, tapi beberapa minggu ini tiba-tiba berkali-kali makan maggi...hihihiii tak sempat masak sebenarnya!

    ReplyDelete
  8. Maggie yang tak dipandang oleh orang ramai, tapi my favorite! Bau maggie ayam ni boleh merebak satu rumah hahahaha. Sedappppnyaaaaa.

    ReplyDelete
  9. Hari biasa Maggi ni takde apa², tapi di bulan puasa dilihat lain macam.. ๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†

    ReplyDelete
  10. Sedap kalau makan maggi mcm ni . Terliurrr tgk ๐Ÿ˜ฌ๐Ÿ˜ฌ

    ReplyDelete
  11. my favv letak cilipadi sikit dah siap

    ReplyDelete
  12. dulu atie suka maggi ayam, tapi now maggi ayam dah tak boleh diterima tekak huhu

    ReplyDelete
  13. Bila ditumis maggi jadi lebih sedap.. Puas makan..

    ReplyDelete
  14. sdapnya nmpk. tu la, biasa mkn maggi kari je. lama xmkn maggi perisa ayam

    ReplyDelete
  15. Mee maggi cepat dimasak sedap dimakan. Terbaik kak. hihi

    ReplyDelete
  16. Tak egt bila last makan maggi ayam.. huahuaa... suka pedas ledas.. tapi boleh je mkn maggi ni.. cmpur cili ngn sos... kan. bagi rasa pedas pedas sikittt gituu

    ReplyDelete
  17. Jarang juga makan Maggi ayam. Selalu kari atau terbaharu yang pedas Giler. Hehe sesekali makan sup tidak pedas nikmat juga.

    ReplyDelete
  18. paling cepat, pantas dan sedap mi segera 2-5 minit. Kenyang !

    ReplyDelete
  19. sedappp nyaaaa bla tgk maggi ayam ni trs tingat benda pertama sy belajar masak dulu tp end up sy mkn maggi kari hahaha

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.