sumber : twitter Dr Amalina |
Tahniah Dr Amalina dan husband! Pernikahan Dr Amalina Bakri dan Alexander Charles seorang jejaka Inggeris selamat dilansungkan di Masjid Central London pada hari Rabu yang lepas. Tapi baru beberapa jam lepas Dr Amalina kongsikan di twitter beliau.
sumber : Twitter Dr Amalina |
Dr Amalina cantik dengan kurung moden rona putih rekaan Cosry dan Alexander Charles segak dengan sut lengkap serba hitam dan putih.
Alhamdulillah, solemnisation (nikah) is done in London Central Mosque on 31st March 2021. Despite having to postpone our nikah 3 times due to lockdown, we are relieved that we managed to have our simple ceremony attended by some close family and friends pic.twitter.com/zGmn4UKTcT
— Dr. Amalina (@DrAmalinaBakri) April 2, 2021
Biodata Dr Amalina
- Nur Amalina Che Bakri
- Lahir pada 7 Disember 1987 di Kota Bharu, Kelantan, membesar di Johor Bahru, Johor.
- Anak tunggal pasangan Sabariah Hassan, seorang pengetua sekolah dan Che Bakri Che Mod yang berkhidmat sebagai jurutera Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.
- Mencipta sejarah dengan pencapaian keputusan 17A1 dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada 2004.
- Memulakan karier sebagai doktor selepas tamat pengajian di University of Edinburgh pada Julai 2013.
- instagram @dramalinabakri
- Twitter @dramalinabakri
- YouTube Dr. Amalina.
Kejayaan Dr Amalina
- Diangkat sebagai Tokoh Nilam Peringkat Kebangsaan 2004 dam Johan Pidato Permodalan Nasional Berhad.
- Pemegang biasiswa Kijang Emas daripada Bank Negara Malaysia yang membiayai pengajiannya di UK dalam bidang perubatan. Merupakan antara 10 doktor pakar pelatih surgikal terbaik di United Kingdom (UK).
- Pencapaian Pendidikan A-Level di The Cheitenham Ladies’ College, England dari tahun 2005 hingga 2007. Menyambung pengajian Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Sarjana Muda Pembedahan (MBChB) di Universiti Edinburgh, Scotland dari 2007 hingga 2013.
- Menuntut di Universiti Edinburgh, Scotland dalam bidang Ijazah Sarjana Muda (BMedSc) Farmakologi dari 2009 hingga 2010. Mengikuti Program Amgen European Scholars yang melibatkan kajian dalam bidang farmakologi di Institut Karolinska, Sweden dari 2009 hingga 2010.
- Bertugas sebagai doktor pelatih bagi program Surgikal Onkologi dan Genekologi di Sekolah Perubatan Harvard, Universiti Harvard di Amerika Syarikat dari 2012 hingga 2013.
- Memburu Ijazah Sarjana Falsafah dalam bidang penterjemah perubatan dan terapeutik di Universiti Cambridge dari 2013 hingga 2015. Dari 2017 hingga kini, beliau menuntut dalam bidang pengajian doktor falsafah (PhD), selain berkhidmat sebagai pendaftar pembedahan umum di Penjagaan Kesihatan Kolej Imperial, London selepas tamatnya pengajian Ijazah Sarjana Penterjemah Perubatan dan Terapeutik di Universiti Cambridge.
Alhamdulillah dah selamat berkahwin. Selamat pengantin baru Dr Amalina dan husband!
ReplyDeleteAlhamdulilah,nampak sweet jaa dieorang ni 😁
ReplyDeleteSelamat menempuh hidup baru buat kedua mempelai.
ReplyDeletewah selamat dah dia kawen... :)
ReplyDeleteTahniah
ReplyDeleteDr AMalina ni..sebaya shida, masa dia dapat straight 10 A SPM tu..mmg kagum sgt!
ReplyDeleteSempoi 6 orang jadi saksi.
ReplyDeleteDoktor medical ada, doktor falsafah pun ada...terbaik..
ReplyDeleteAlhamdulillah, tahniah..
Yay!!! Alhamdulillah... Akhirnyaaaa, kawenn
ReplyDeleteomg shes married !!! i love her fashion style :)
ReplyDelete