Ubah 'Salam' Kepada Assalamualaikum

Salam Jumaat, Salam Subuh, Salam Maghrib dan beberapa jenis salam kerap kali digunakan. Salam sebegini semacam dah jadi satu trend. Sebahagian asatizah juga ada mengatakan jenis ucapan salam yang sebegini  adalah salam bid'ah kerana tidak pernah ada pada zaman Nabi dan para sahabat.

Ubah 'Salam' Kepada Assalamualaikum

baca juga : maksud salam

Lafaz Salam dan Assalamualaikum

Umumnya, lafaz salam sebegitu secara zahirnya tidak pernah diucapkan oleh Nabi dan para sahabat.  Akan tetapi, melihat kepada konteks penggunaanya, pihak mufti berpandangan hukumnya adalah harus melihat kepada penggunaannya sudah berubah daripada lafaz salam yang diajarkan Nabi kepada kata sapaan biasa yang digunakan mengikut uruf setempat seperti “selamat sejahtera”, “selamat petang”, dan sebagainya.

Lantaran itu, kata sapaan sebegini tidak wajib dijawab.

Dinasihatkan kepada umat Islam untuk lebih mengutamakan lafaz yang diajarkan oleh Nabi Muhammad SAW. Jika ingin menambahkan perkataan lain, sebaiknya ditulis secara berasingan seperti “Assalamualaikum dan selamat subuh” atau seumpama dengannya bagi mengelakkan sebarang pertikaian dan perdebatan yang kurang bermanfaat.

Memberi salam sesama umat Islam merupakan salah satu perkara yang dituntut bahkan dianggap sebagai syiar Islam yang wajar disahut oleh seluruh umat islam. Perbuatan tersebut menzahirkan kesempurnaan akhlak dalam diri seseorang di samping mengeratkan hubungan silaturahim dan memupuk kasih sayang dan ukhuwah sesama saudara seagama.

Umumnya, hukum memberi salam asalnya ialah sunat yang sangat dituntut. Adapun menjawabnya adalah wajib. 

Lafaz-lafaz Salam

Ucapan salam yang dianjurkan dalam agama Islam bermula daripada seringkas-ringkas salam sehinggalah ucapan yang paling sempurna.

Lafaz salam yang dianjurkan :
  • السلام عليكم (Assalamualaikum)
  • السلام عليكم ورحمة الله (Assalamualaikum Warahmatullah)
  • السلام عليكم ورحمة الله وبركاته (Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh)

Adapun memendekkan lafaz salam kepada lafaz (السَّلَامُ) sahaja, para ulama berbeza pendapat mengenainya. Sebahagian mengharuskannya berhujah dengan jawapan salam yang diberikan Nabi Ibrahim A.S kepada kepada para malaikat; iaitu lafaz (سلام) atau salam dengan makna “Waalaikumussalam”.

Rujukan : https://muftiwp.gov.my/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/3846-al-kafi-1453-hukum-menjawab-salam-yang-bertulis

Makanya, ucapan salam seperti “salam subuh”, “salam jumaat”, “salam tahajud”, dan ucapan-ucapan lain yang seumpama dengannya terkandung padanya dua kalimah yang digandingkan. Contohnya ucapan “salam subuh” terdiri daripada dua perkataan, iaitu “salam” dan “subuh”.

Adapun mengucapkan lafaz salam dengan semata-mata “salam” sudah dibahaskan di atas iaitu hukumnya harus. Namun, sekiranya lafaz “salam” tersebut digandingkan dengan lafaz-lafaz lain yang tidak pernah digunakan oleh Nabi mahupun salafussoleh, mufti berpandangan hukumnya bergantung kepada niat pemberi salam tersebut.

Sekiranya mereka beranggapan lafaz tersebut kedudukannya sama seperti ucapan salam yang diajarkan Nabi, maka  ucapan lafaz sebegitu tidak wajar dilakukan kerana ia merupakan sebahagian daripada ibadah yang perlu mengikut tatacara yang dianjurkan Syarak dan sandaran daripada perkataan, perbuatan mahupun pengakuan Baginda Nabi SAW.

Namun begitu, sekiranya mereka menganggap lafaz tersebut dengan bermacam-macam versi baru sebagai kata sapaan yang setara dengan “selamat petang”, “salam perpaduan” dan seumpanya, maka hukum mengucapkannya adalah harus. Hujahnya, walaupun lafaz-lafaz di atas tidak pernah digunakan masyarakat sebelum ini, namun konteks penggunaannya boleh difahami iaitu kata sapaan.

"Salam 1Malaysia" juga menjadi hangat suatu ketika dahulu dengan mengatakan lafaz sebegitu merupakan satu trend baru seperti "salam perpaduan" yang pernah diperkenalkan sebelum ini.

Ucapan tersebut tidak mempunyai sahutan yang spesifik kerana "salam 1Malaysia" lebih kepada sapaan yang tidak memerlukan jawapan berbanding ucapan "apa khabar" dan "assalamualaikum" yang memerlukan kepada jawapan balas.”

Berkenaan perihal menjawab kata sapaan, ulama menetapkan bahawa tidak wajib menjawabnya kerana ia bukan sebahagian daripada lafaz salam yang warid daripada Nabi SAW. Kata kuncinya ialah perlu dibezakan antara lafaz salam yang khusus dengan kata-kata sapaan lain yang bersifat umum.

Sekiranya lafaz salam tersebut dapat ditulis dengan penuh dan ditulis secara terpisah seperti ‘assalamualaikum dan selamat subuh” maka itu adalah lebih baik dan keluar daripada khilaf. Dalam masa yang sama ia lebih menepati Sunnah yang diajarkan Baginda SAW lantas mengelakkan perdebatan yang kurang bermanfaat.

Wallahua’lam.

rujuk artikel penuh : memberi salam-mufti wilayah persekutuan

Sama juga dengan menjawab salam Waalaikumussalam dan bukan waalaikumsalam. Dalam drama selalu dengar menjawab salam dengan waalaikumsalam. Mengikut tajwidnya وَعَلَيْكُمُ السَّلاَمُ, Wa ‘alaikumus salam.

Semoga perkongsian ini bermanfaat.


14 Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

  1. dulu pernah viral juga lafaz "semekom", "asamekom" dan "kom"..lagi lah takde makna..😅

    ReplyDelete
  2. Betul. Assalamualaikum lebih baik. Takkan nk sebut salam saja mcm dlm ws, socmed

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum fiezah... tq sharing.. kadang2 kita tak perasan hukum2 ni.. sebab nak cpt kan...tp kadang niat sebenarnya mmg nk bagi salam yg proper tp tu la tangan ni sllau tulis 'salam' je... isskkk

    ReplyDelete
  4. terima kasih atas perkongsian dan ingatan

    ReplyDelete
  5. Dulu pernah viral pasal maksud salam, assalam, semekom dan sebagainyaaa.
    Assalamualaikum lagi baikkk. Tak susah punn nak taip kann hehehe.

    ReplyDelete
  6. Tu laaa... serba salah nak jawab ke biarkan sama kalau orang tulis 'salam' kat kita. Kadang-kadang Kak Amie balas " Assalamualaikum"

    ReplyDelete
  7. Sepele namun penting nih buat jadi pembelajaran

    ReplyDelete
  8. Lebih baik guna je perkataan assalamualaikum tu

    ReplyDelete
  9. Memang selesa tulis assalamualaikum. Hehe. Kalau dia tulis salam balas tulis salam juga. Terima kasih atas penerangan.

    ReplyDelete
  10. kalau dlm wasap sy gn sticker yg ada ucapaan salam penuh. kalau org beri slm pn sy jwb gn sticker (ucapan yg penuh jg) hehe

    ReplyDelete
  11. Ya.. pernah dibahaskan.. sebab tu ada masa sy guna ssalam .. bila nak rasa cepat.. huhu

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

نموذج الاتصال