Mak mentua memang rajin betul buat kuih gunting untuk dijadikan kudap kudapan. Balik dari kampung, dapatlah sebekas kuih gunting pemberian mak mentua. Kuih gunting mak rangup, rapuh dan tak keras sangat. Sedang elok orang Nismilan cakap.
Tak tahulah apa resipi kuih gunting mak. Pernah sekali je tolong potong kuih gunting mak ni. Itupun masa raya. Kebetulan mak rajin nak buat masa tu. Selebihnya, tahu tahu mak dah siap buat bila balik kampung.
Kuih Gunting
Sejenis makanan tradisi Melayu yang rangup dan sedap. Lain tempat, lain panggilannya. Ada yang sebut kerepek gunting, kuih siput gunting dan macam-macam lagi nama.
Bahan asas kuih gunting ialah tepung, air, garam, telur, marjerin, santan, bawang putih, bawang merah, santan, serbuk kari, minyak masak, udang kering dan beberapa bahan tambahan lain mengikut jenis kuih gunting.
Jenis-jenis kuih gunting
- kuih gunting kampung
- kuih gunting kosong
- kuih gunting ikan bilis
- kuih gunting udang
- kuih gunting pedas
- kuih gunting manis
- kuih gunting masin
Cara buat kuih gunting simple je. Selepas semua bahan dicampurkan dan menjadi doh. Doh tersebut akan digunting-gunting kecil-kecil dalam kuali semasa minyak panas.
Tapi yang mudah ni lah saya tak pernah cuba buat. Tak tahu lah kenapa. Tahu makan je, boleh kan? Kuih gunting ni boleh dijadikan sebagai kudapan ataupun hidangan kuih raya.
Ini zaman k ret kecil2 slalu la uwan, mak lang buatkan kuih yg satu ni tiap kali kitrg blk kg.. Now nak buat sndri pun mls kan hahha
ReplyDeleteorang orang lama buat lagi sedap kan kat ret. Kita rajin makan je :)
Deletebaru first time dengar nama kuih ini
ReplyDeleteada banyak nama mungkin :)
Deletesedap ni, layannn..suka yg jenis rapuh mcm ni..
ReplyDeleteyang rapuh dan tak keras sangat itu yang layan tu :)
Deletedah lama ak makan kuih gunting. dulu bermacam jenis kerepek mak buat dan jual. kecuali kuih gunting. selalu suka beli bila ada orang jual
ReplyDeletesekarang dah macam macam jenis kuih orang jual. kalau minat nampak tu terus je beli tak fikir panjang dah :)
Deletememang sedap kuih gunting ni. bahayanya, bila dah start mengunyah..susahlah nak berenti..hehe
ReplyDeletekalau ada kena habiskan cepat cepat. hihi
Deletesedapnya kuih gunting. dah terasa vibe raya
ReplyDeleteitulah pasalnya walaupun puasa pun belum lagi :)
DeleteDah lama tak makannn. Sedap makan sambil tengok movie. Sedar sedar dah habis sebekas hahaha.
ReplyDeleteKalau layan movie memang habis sebekas. Tak layan movie, stok lambat sikit menyusut. hihi
DeleteSekali layan memang payah nak berenti
ReplyDeleteTahu takpe kak!
Deletekalau makan ni, susah nak stop tapi tatau plak nama dia kuih gunting.. hehe
ReplyDeleteBetul tu Atie. Mungkin kat utara panggil kuih lain kot Atie
DeleteWowww nmpk sedapppnyaaa 😁
ReplyDeletesedap juga nihhhh fiza ^_^
ReplyDeleteSuka kuih gunting ada rempah.
ReplyDeleteWohoooo.. Lamanya tak makan benda alah nih..
ReplyDelete