Header Ads

Dia Datang Nun Jauh Dari Sabah

Pin! Pin! Bunyi hon motor kat luar rumah. Eh, barang apa lagi ni? Tengok alamat, tudiaaaaa datang nun jauh dari Sabah. Baru teringat Blogger Kak Amie's Little Kitchen ada hantar email berikan tracking number. Saya pulak tak ingat nak track. Kalau tak, dah menunggu siap sedia dah bila out for delivery.

Mujur jugalah sampai tadi husband belum gerak keluar. Dia lah yang pergi ambil, kita tak payah nak bersiap keluar. 

Buka parcel, hati berbunga bunga excited dapat bungkusan beg kertas hadiah yang cantik warna purple. Hadiah di kirim bersempena jadi Top 10 komentator Mac 2021 blog Kak Amie.

Gift paper bag purple

Dahlah bungkusan cantik, dalam dia ada macam-macam. Bling bling mata tengok mutiara perhiasan Sabah. Bukan 1, bukan 2 tapi lebih dari itu.
  • Butang baju melayu Sabah
  • Gelang mutiara Sabah
  • keronsang mutiara Sabah
  • Fridge Magnet Sabah

Mutiara Sabah-Butang Baju Melayu, Brooch, Bracelet

Tak pernah lagi saya ada koleksi mutiara perhiasan Sabah. Seronok lain macam tengok mutiara asli Sabah ni. 

Mutiara asli Sabah

Macam yang kak Amie ceritakan, mutiara butang baju melayu tu mutiara yang dah diproses. Bentuknya nampak bulat cantik dan licin. Mutiara rantai tangan menggunakan mutiara asli tanpa proses. Sebab itulah bentuknya berbeza-beza dan nampak kasar sikit permukaannya.

Gelang tangan mutiara sabah

Warna dia pun taklah seputih suci murni. Warnanya agak kekuningan berkilat. Cantik gelang mutiara Sabah ni. Macam perhiasan orang lama-lama. 

Seumur hidup belum lagi jejak Sabah. Belum rezeki nak sampai ke sana lagi. Takpe, kita dapat ole-ole dari Sabah pun dah cukup bahagia. Bertambah satu lagi koleksi fridge magnet Sabah. 

Menarik betul fridge magnet Sabah ni sebab disertakan sekali lokasi tempat-tempat menarik di Sabah.

Fridge Magnet Sabah

Last but least, nota dari Kak Amie. Terima kasih atas kata-kata manis Kak Amie. Segan pulak dengan pujian Kak Amie. Alhamdulillah..

Nota dari Kak Amie

Akhir sekali, Terima kasih Kak Amie atas kiriman mutiara dari Sabah ni nun jauh di sana. Semoga keikhlasan Kak Amie juga Allah balas dengan segala kebaikan dan dilimpahi rezeki berpanjangan dengan segala keberkatan. Aaaminn...

Terima kasih juga kak Amie rajin singgah sini. Sure kau orang dah kenal dengan nama Amie's Little Kitchen, kan? Penuh segala menu masakan sedap-sedap Kak Amie kongsikan. Masuk blog Kak Amie, gerenti kecur air liur. Dah semua masakan dia sedap sedap.

Pulak tu masakan dia lain dari yang lain dengan semenanjung ni. Paling best Kak Amie selalu kongsikan resipi. Bulan puasa ni tak ada idea nak masak apa, boleh terjah dapur kecil Kak Amie.


14 comments:

  1. Wahhh dah selamat sampai hadiah kak amie. Jauh diterbangkan dari sabah hahaha.
    Tahniah lagi sekali kak fizah! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah selamat sampai dari jauh. Terima kasih Atiqah :)

      Delete
  2. Alhamdulillah rezeki fiza. Dtg jauh2 mesti lah lain dr yg lain

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah.. Tahniah Fiza..

    ReplyDelete
  4. Wah, murah rezeki akak. Syukur alhamdullilah. GV pernah pergi sabah sekali. Memang best kak kalau nak gi jalan jalan cuti cuti gitewww. hihi.

    ReplyDelete
  5. tahniah kak fizah. cntik gelang mutiara tu

    ReplyDelete
  6. Rezeki! Rezeki! Best wooo..
    Saya nak try jugak komen bebanyak.. tapiii.... kekangan masa... hoho

    ReplyDelete
  7. Hadiah unik. Dapat satu koleksi. Boleh guna nanti.
    Sekali 2 magnet peti sejuk.

    ReplyDelete
  8. wahhhh tahniah tahniah! bolehlah melaram raya ni dgn perhiasan mutiara dari sabah ;-)

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.