Keretapi Antara Bandar

Balik dari hospital waktu petang, jalanraya pun sibuk. Dah lepas waktu orang balik kerja tetap sibuk sebabnya masing-masing sibuk keluar ke Bazaar Ramadan. Semua kaum memeriahkan Bazaar Ramadan atau Param (Pasar Ramadan).

Kita yang nampak Bazaar Ramadan ni hanya sekadaran lalu dan perati dari jauh je. Di jalanan, seiring dan sejalan pula dengan keretapi antara bandar ni. Teringat pulak kisah pernah naik sorang sorang keretapi ni dari segamat ke butterworth masa study di UiTM Penang dulu.

Abah belikan tiket kelas ekonomi. Dapat single seat dengan sebotol air mineral dan sebungkus roti.


Keretapi antara bandar masih di laluan bawah, yang laluan atas tu masih belum siap sepenuhnya. Laluan atas tu dari sepanjang Gemas ke mana pun saya tak pasti. Lepas ni tak ada dah laluan bawah yang lama tu. Almaklumlah Segamat ni bila banjir besar laluan keretapi pun tenggelam.

Lama tak nampak keretapi antara bandar ni. Sempat juga lah ambil video. Anak buah yang ikut menjemput saya di hospital pun teruja tengok keretapi. First time tengok keretapi lama sampai ada yang bertanya, keretapi tahun bila ni ucu? Haha...


20 Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

  1. Dah jarang tengok kereta api lama ni bergerakkk kan, bila budak budak baruu lahir memang terujalah nengoknya hahahaha

    ReplyDelete
  2. Nostalgia :)

    Apa khabar mak Fiza? Moga bertambah baik aamin

    ReplyDelete
  3. Rindu nak naik ketapi.. Ini dulu2 naik ketapi dr selatan ke utara.. Mmg kebas montot oiii 😅😅

    ReplyDelete
  4. Lama tak naik keretapi. Paling jauh naik keretapi dari KL ke Butterworth sebab ikut sukan inter varsiti zaman remaja purba dulu.

    ReplyDelete
  5. Gemas ke JB
    kat sini pun tengah dalam pembinaan

    ReplyDelete
  6. Melaka zaman British dahulu pun ada keretapi dari Batang Melaka ke Bandar Melaka. Sekarang tiada lagi keretapi ke Bandar Melaka. Landasan pun dah tiada, cuba banyak juga kesan² tinggalan struktur laluan keretapi. Dulu namanya Melaka Government Railway (MGR) kemudian diambil alih oleh Federated Malay States Railway (FMSR)

    ReplyDelete
  7. Rindu nk naik train ada tilam tu.. tak best kalau naik tak ada

    ReplyDelete
  8. teringin nk bawak anak² naik ketapi lama ni... diorg bawak naik komuter/lrt pun dh excited apatah lg naik ketapi thomas ni.. hahaha

    ReplyDelete
  9. pernah sekali jer naik keretapi KTM ni masa mula2 masuk ITM Perlis. Dr KL ke Arau

    ReplyDelete
  10. Akak pun pernah naik, Fizah. Masa tu nak naik ETS, tapi tiket habis. Naik KTM coach biasa, dari Batu Gajah ke KL, tapi tak jauh beza pun masanya dari ETS.

    ReplyDelete
  11. Plan saya nak naik keretapi malam dari Gemas ke Kota Bahru tertangguh sebab Covid. Klasik keretapi ni. Bunyi dahla sebatu dah dengar

    ReplyDelete
  12. Pernah naik keretapi dari Kempas pergi Kluang . hihi

    ReplyDelete
  13. Dahulu pernah naik keretapi dari Selamat ke Tampin. Lama sudah.
    Mesti jenuh duduk sebab keretapi ini lambat sedikit lagi-lagi pergi tempat jauh.

    ReplyDelete
  14. rindunya nak naik kereta api ni... yg ke utara dulu dah penah naik. yg ke pantai timur, dah rancang tp sbb covid terus x jd hehehe

    ReplyDelete
  15. Lama tak nampak keretapi gini.. selalu nampak yang versi baru tu je..

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

نموذج الاتصال