Header Ads

Sparkling Honey Citron Family Mart Air Soda Masam Manis

Pernah cuba sparkling honey citron Family Mart? Pertama kali minum sparkling honey citron Family Mart ni sebab husband kata nak macam sedap je. Lalu dia pun TERbeli jugalah. Harga boleh tahan juga, RM6.90 kalau tak silap. Sparkling honey citron family mart menu yang kau orang boleh cuba.

Sparkling Honey Citron

Rupa paras airnya taklah fancy dan tempting macam air boba milk tea dan seangkatan dengannya. Air soda (sparkling water, fizzy water, soda water, carbonated water) yang dicampur dengan Korean honey citron marmalade. 

Yang saya tahu, citron ni jus dia kurang masam sikit daripada lemon. Dari family citrus sama seperti lemon.

Sparkling Honey Citron Family Mart

Sparkling Honey Citron yang menyejukkan tekak bila cuaca panas. Air soda yang tak terlalu kuat gas dia. Ada rasa manis madu dan masam citron berselang seli. Sedap!

Sparkling Honey Citron Family Mart

Hidangan air nampak ringkas. Tapi harga tak berapa ringkas sebab bahan-bahan yang digunakan bukan biasa-biasa murah. Okaylah merasa sekali tu je. Kalau terbeli lagi tu tandanya teringin nak minum.

9 comments:

  1. tgk gmbr fiza, dr x suka terus rasa nak cuba hahaha

    ReplyDelete
  2. Asal sedap, puas hati minum. Air nampak menyegarkan.

    ReplyDelete
  3. Allah menggoda sungguh embun2 kat cawan tu hahaha

    ReplyDelete
  4. Fuhh, tak pernah try..haritu sis Lin dah suruh try, tapi tak try try lagik..
    Nampak sedap je tu

    ReplyDelete
  5. Sebut ada campur ais soda tu memang telan liur dibuatnya sebab Kak Amie suka air soda.... dari kecik2 lagi!

    ReplyDelete
  6. Refreshingnya air tp air2 FM emang sedap. Dh boleh jd duta FM ni

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.