Your Order Has Been Cancelled By Restaurant, Tunggu Refund Foodpanda Sehari Je!

Ramadan kali ni baru hari pertama saya masak untuk berbuka, hari pertama berbuka je masak menu paling simple. Balik kampung, kakak masak sorang sebab waktu siang jaga mak kat wad. Balik balik je tinggal menjamu selera je.

Balik rumah sendiri, food delivery by foodpanda je. Balik dengan kepenatan, tidur dan rehat tak cukup lagi dah sambung buat kerja yang tertangguh. Semalam konon nak makan nasi beriani. Tunggu punya tunggu dapat notification "your order has been cancelled by restaurant". Unreachable katanya.

Your Order Has Been Cancelled By Restaurant

Aikk tetiba pulak kan. Mujurlah order awal masa tu baru pukul 5 lebih macam tu. Sebenarnya ini kali pertama order makanan, restaurant had to cancel order. Tak ada pengalaman lagi bila jadi macam ni. Gelabah lah sekejap macamana nak refund.

Cara nak refund foodpanda

Pergi ke Help center >> other issue >> start chat

Nanti live chat je dengan team foodpanda yang bertugas. Dia akan check masalah dan selesaikan. Itu je cara saya nak refund foodpanda. Senang direct terus pada team gunakan aplikasi foodpanda. Ada cara lain yang lebih mudah ke untuk refund foodpanda?

Refund sehari je!!!

Dia kata refund dalam 7-14 working days atau lebih lama dari tu. Tapi harini dah dapat dah. Sehari je dah dapat refund dari foodpanda.

Agak leceh dan ambil masa juga nak dapat refund foodpanda ni kan. Walaupun sehari tu ada yang cakap sekejap tapi pada mereka yang hanya ada duit untuk membeli makanan pada masa tu. Then kalau refund tu ambil masa, makanya tak makan lah sebab tak ada duit lagi nak membeli.

Kempunan nak makan nasi beriani, order nasi kukus dan ikan bakar je lah. Mujur sempat lagi sebab bulan puasa ni banyak kedai yang close awal. Order awal sikit dapatlah gunakan voucher yang ada. Ada yang 50% dan ada yang RM7 off.

Tapi jarang dapat guna voucher sebab lambat order, tak merasalah guna voucher. Asyik invalid je! Lagipun order lambat, tak lah makanan tu sejuk lama, kan? Itu yang order lambat.

Lega dah settle duit refund masuk bank terus. 



13 Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

  1. Nasib baik cancel awal.. Kalau dah nak masuk berbuka, kelam kabut juga.

    ReplyDelete
  2. sha pulak haritu mmg cukup 14 hari baru refund 🥴

    ReplyDelete
  3. Rabia download food panda app ni tapi tak pernah order apa2 makanan lg

    ReplyDelete
  4. refund dia memang cepat kan. tapi hati sedih makanan yang diidam tak dapat huhu

    ReplyDelete
  5. Tula. Kesian kalau orang yang tinggal tu je duit nak order makanan. Kena baiki lagi tang ni macam cancel Grab

    ReplyDelete
  6. Refund cepat tp tak dpt mkn itu yg sedih. Huhu

    ReplyDelete
  7. Lajuuu refund. Kalau saya makan masa 3-5 hari jugakkklah. Mujurlah dia cancel awal, kalau last minit memang kelam kabut la nak cari makanan untuk berbuka.

    ReplyDelete
  8. Waaa, sedih..kalau dah betul teringin..sobbbs!
    Lama tak guna apps food panda....Tak pernah kena camni, walaupun dah dua kali try order...Huhu

    ReplyDelete
  9. Leceh pula kena mohon pemulangan. Patutnya kalau kedai yang batalkan, bolehlah terus hantar pemulangan duit pada pembeli.
    Apapun ada hikmah dapat makan ikan bakar sedap :)

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah. Dipermudahkan urusan. Kalau begini pelanggan pun semakin bertambah sebab khidmat boleh dipercayai.

    ReplyDelete
  11. Sama macam kes akak hari tu, 1 hari duit dah masuk bank. Pelik juga bila kedai yang cancel. Nasib baik sempat beli makanan lain untuk berbuka ye.

    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah.. mujur refund cepat dan tak banyak masalah..

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

نموذج الاتصال