Header Ads

Lauk Paling Simple Berbuka Hari Pertama

Macamana hari pertama berpuasa? Cuaca hari ni baik baik je. Mendung dan hujan. Mood masih kelam memikirkan keadaan mak kat hospital. Mood selera pun tak berapa nak ada. Tanya pada husband nak makan apa harini? Dia kata telur goreng dengan lauk ikan bilis bawang dan cili api tu je lah senang.

Walaupun cuti, saya hanya minum air dan kacang je harini. Sumpah tak ada selera lansung! Saya okay je dengan idea lauk tu. Okaylah simple je. Pukul 6:30 petang baru mula masak nasi dan lauk. Sap sap sui siap! Resepi cepat siap gitu.

Lauk Paling Simple Berbuka Hari Pertama

Lauk berbuka puasa yang simple

Panaskan api goreng telur dulu. Dah siap goreng telur, gunakan minyak yang sama goreng ikan bilis dulu biar garing. Lepas tu angkat dan ketepikan. Goreng bawang dan cili api sampaia garing. Last sekali baru masukkan semula ikan bilis goreng tadi. Taburkan garam bukit secubit bagi ada rasa.

Tak nak letak garam, boleh curahkan kicap juga. Hidangan lauk paling simple berbuka puasa hari pertama. Sesuai sangat hidangan ringkas macam ni untuk bersahur. Hidang panas panas dengan nasi panas. Alhamdulillah... Hidangan berbuka kami berdua di hari pertama ramadan.

Selamat menunaikan solat tarawih pula.

25 comments:

  1. kan, kadang lauk simple2 ni ok je...
    yg slalu org cari air... hahaha makanan x kisah sangat :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu KakRet. Makan kurma minum air banyak dah rasa kenyang dah.

      Delete
  2. Alhamdulillah for the first day. Berbuka dengan ayam masak kicap, beli di bazaar aje hehehe.
    Semoga mak kak fizah cepat sembuh :)
    Mak sakit ni runsing kan, memang boleh hilang selera memikirkan kesihatan mak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Sedap ayam masak kicap. Itulah pasalnya. Runsing betul selagi tak balik tengok. Terima kasih atas doanya.

      Delete
  3. Memang segala mood turun ke laut apabila sedang berhadapan dengan kerisauan terutama memikirkan orang tersayang yang jauh di mata. Apa pun moga Fiza terus tabah, banyak doa dan sentiasa fikirkan yang baik-baik saja.
    Hidangan berbuka puasa tu pada Kak Amie cukup menyelerakan. Tak cukup nasi sepinggan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kak amie. Semoga semuanya baik baik je. Aaminnn

      Delete
  4. Moga dipermudahkan segala urusan... Alhamdulillah dengan segala rezeki yang ada..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...
      Aaminnn... terima kasih atas doanya nona

      Delete
  5. Itu sudah cukup menambat selera. ๐Ÿ˜‹

    ReplyDelete
  6. akak tunggu masa je untuk keluarkan menu ini diwaktu sahur...
    akak pagi tadi pun sahur dengan sup daging yang di masak waktu berbuka semalam, panas kan je cuma gantikan dengan nasi... masa berbuka dengan mehun

    ReplyDelete
  7. salam ramadhan

    lauk feberet, simple tp sedappp dan laku keras ni nak lg time sahur mkn dgn nasi pnas2
    berselera he hee

    ReplyDelete
  8. selalunyer, lauk-lauk yang cenggini lah buat nasi tak cukup๐Ÿ˜†

    ReplyDelete
  9. Harap mak Fiza ok nanti.
    Lauk ringkas sedap dan buat tambah makan.

    ReplyDelete
  10. macam ni pun..satu periuk nasi boleh tambah..ade sambal kicap pulak

    ReplyDelete
  11. takde hal la.. lauk macam ni pun ok.

    ReplyDelete
  12. meleleh air liur tengok pic ikan bilis tuh. baru kol 11 wei... lambat lg nak berbuka ni

    ReplyDelete
  13. Walaupun simple ianya amat menyelerakan gitu. Tengok pun dah terliur. Terbayang nasi panas ..

    ReplyDelete
  14. Berbuka lauk asam pedas je semalam. Sini hari-hari petang hujan lebat, tak dapat ke bazar. Makanlah ayam sambal and nasi goreng je

    ReplyDelete
  15. yg simple tu la plg mengenyangkan... sy belen nasi goreng sahur trs jd menu berbuka. sbb smpi umah dah nk pukul 7 mmg x memasak le jwb nya hahaha

    ReplyDelete
  16. nama ja simple tapi nampak sedap

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.