Header Ads

Anggerik Dilupakan, Orkid Pula Dapat Nama

Anggerik dan orkid adalah bunga yang sama. Cuma beza pada ejaan nama sahaja. Tapi nama Anggerik semakin dilupakan, orkid pula dapat nama dan popular digunakan sehingga sekarang.

Anggerik/Orkid

Anggerik/orkid dalam bahasa Inggeris adalah Orchid dari Orchidaceae merupakan famili pokok berbunga (angiosperma). Bunga Anggerik adalah bunga kebangsaan negara Singapura. Nama Inggeris Ochid telah digunakan secara meluas dengan ejaan Orkid.

Mungkin disebabkan itulah nama bunga Anggerik kurang digunakan. Dari wikipedia Orchid menyatakan pokok berbunga pertama adalah angiosperma, bunga orkid malaysia.

Bunga orkid hidup dan bunga orkid hiasan menjadi kegilaan peminat orkid. Salah seorangnya mak saya, suka benar tanam bunga orkid hiasan. Mak saya jenis suka bunga orkid hidup. Bunga orkid hiasan yang artificial tu dia tak berapa nak minat.

Sebenarnya banyak je koleksi bunga orkid hiasan koleksi mak. Balik haritu hanya 2 jenis je yang ada bunganya iaitu bunga orkid ungu dan bunga orkid putih. Nama dan jenisnya, haruslah saya tak tahu. Tak pernah ambil tahu pun! Sebab tak minat nak tanam bunga orkid. 

Tapi sepanjang mak warded, sayalah pembelek bunga orkid mak. Itu yang sempat ambil gambar. Bunga orkid mak kurang meriah. Ada pun satu pokok satu bunga je.

Bunga orkid ungu

Bunga orkid ungu

Bunga orkid putih

Bunga orkid putih

Walaupun ada yang kata tanam bunga orkid ni mudah je lebih kurang sama dengan tanaman bunga yang lain, tapi tetap tak pandai nak menjaga bunga orkid ni. Penjagaan bunga orkid tu tak berapa nak mahir. Jadi, lupakan je lah hasrat nak menanam orkid.

Yang berminat nak mencuba tanam orkid, mungkin boleh cuba beberapa tips dan petua tanam orkid supaya hidup subur dan meriah bunganya melalui penggunaan media tanaman orkid.

Media penanaman orkid
Penanaman orkid memerlukan kita untuk menentukan media yang sesuai mengikut habitat asalnya. Jangan semberono je. 

Petua tanaman orkid subur

Pecahan batu bata

Pecahan batu bata adalah media yang popular dan mudah diperoleh. Digunakan untuk menanam orkid epifit dan orkid memanjat. Campurkan bersama dengan pecahan arang.

Cara penyediaan:
  • Batu bata hendaklah direndam di dalam racun kulat semalaman terlebih dahulu sebelum digunakan.
  • Selepas direndam, angkat dan keringkan.
  • Pecahkan batu bata kepada saiz besar, sederhana dan kecil mengikut kesesuaian pasu yang akan digunakan.
  • Letak pecahan batu bata besar di bahagian bawah sekali dalam pasu, diikuti dengan bersaiz sederhana dan kecil.
  • Letak pokok orkid di atas permukaan pasu.
  • Elakkan menimbus pangkal orkid anda.
  • Untuk pokok orkid yang tinggi gunakan kayu pancang sebagai sokongan.


Pecahan arang

Pecahan arang, media untuk orkid epifit dan orkid memanjat. Boleh digabungkan dengan media batu bata.

Cara penyediaan:
  • Rendam arang semalaman untuk membuang garam kerana arang diperbuat daripada kayu bakau yang tumbuh di tepi laut mengandungi garam laut.
  • Basahkan arang menggunakan aliran air supaya sisa garam dapat dibuang sepenuhnya.
  • Ikut teknik dan langkah seperti menggunakan pecahan batu bata.


Serbuk kayu

Serbuk kayu biasa digunakan sebagai media yang diletakkan dalam pasu atau batas untuk menanam orkid jenis memanjat.

Cara penyediaan:
  • Boleh digabungkan de­ngan media pecahan batu bata, arang dan tanah pasuan.
  • Terlebih dahulu, rendam serbuk kayu yang ingin digunakan di dalam racun kulat semalaman.
  • Setelah itu, angkat dan keringkan.
  • Kemudian, masukkan habuk kayu ke dalam bekas tanaman.
  • Letakkan orkid di atas media tanaman.
  • Jika menanam orkid yang hidup di atas tanah, campurkan bersama dengan media pasuan untuk membekalkan bahan organik yang ada di dalam tanah apabila ia mereput.


Sphagnum moss

Sphagnum moss adalah media popular yang dijadikan sebagai lapisan untuk menanam orkid epifit pada tunggul kayu dan potongan dahan tembusu. Ia mampu menyimpan kelembapan dalam jangka masa lama. 

Sesetengahnya peminat orkid suka menggunakan seratus peratus sphagnum moss yang diletakkan di dalam pasu untuk menanam orkid genus phalaenopsis untuk mengekalkan kelembapan kerana orkid jenis itu tidak mempunyai bebawang untuk menyimpan air.

Cara penyediaan :
  • Rendamkan sphagnum moss di dalam larutan racun kulat semalaman.
  • Kemudian angkat dan biarkan hingga ia didapati lembap.
  • Isikan sphagnum moss ke dalam pasu atau tampal pada tunggul kayu.


Potongan batang paku pakis gajah

Media ini boleh menyimpan air dengan jangka masa lama dan mengelakkan kesan buruk daripada penyiraman melampau. Jadi, ia amat sesuai untuk tanaman gantung.

Cara penyediaan :
  • Potong batang paku gajah mengikut kesesuaian orkid yang di tanam.
  • Lekatkan orkid di atasnya dengan menggunakan tali dan pastikan tidak melukakan orkid.

Tunggul kayu

Tunggul kayu sesuai untuk tanaman orkid jenis gantung. Ia lebih cepat kering berbanding dengan potongan paku pakis gajah dan mudah didapati di dalam hutan, di ladang sawit atau di tepi sungai.

Cara penyediaan :
  • Menggunakan teknik yang sama seperti menggunakan poto­ngan batang paku pakis gajah.
  • Boleh letakkan sedikit Sphagnum moss untuk mengekalkan kelembapan dalam tempoh yang agak lama dan melambatkan kadar kehilangan air selepas siraman.

Potongan dahan tembusu

Sesuai untuk tanaman orkid daripada famili bulbophyllum dan phalaenopsis. Orkid akan lebih cepat hidup stabil apabila menggunakan media ini kerana mempunyai kulit tebal yang mampu menyimpan air lebih lama.

Tanah campuran

Orkid yang hidup di tanah memerlukan media tanah sudah pastinya. Memerlukan campuran tanah kompos, perlite dan sekam padi pada kadar 1:1:1. Nisbah ini dapat memberi kadar saliran dan pengudaraan media yang amat baik kepada akar orkid.

Tiada media

Orkid boleh ditanam tanpa sebarang media. Hanya sesuai untuk orkid jenis vanda dan memerlukan kadar penyiraman lebih.

sumber : https://www.facebook.com/notes/kehidupan-orkid-mengorkid/petua-subur-tanaman-orkid/613912991966167/

21 comments:

  1. ha'ah..lama tak guna perkataan 'anggerik', dah biasa guna orkid je...anggerik tu rasa mcm klasik sikit..hehe..

    cantik bunga orkid, pelbagai species..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah dah terbiasa guna orkid juga. Yup, setuju! Anggerik nampak klasik

      Delete
  2. Bukan senang nak jaga pokok bunga, lebih² lagi orkid. Saya lebih suka menanam pokok² hijau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, penjagaan dia berbeza sikit dengan tanaman bunga lain. Sama! suka tanam pokok hijau 😁

      Delete
  3. sangat suka bunga okid tapi bila tanam susah nak berbunga. tu yg buat give up

    ReplyDelete
  4. Anggerik panjang sangat namanya, orkid senang sebut..hihi.

    Akak pun cuma suka belek orkid kat rumah mertua. Nak tanam sendiri, belum minat. Ada la satu - Orkid Harimau, tanam sebab rare species.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul jugak tu. orkid senang sebut. Pertama kali dengar orkid harimau. Pasni nak mengoogle.

      Delete
  5. Bunga orkid memang cantik
    tapi penjagaannya agak rumit

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau kat kampung macam wak tanam tak serumit dibandar mungkin wak.

      Delete
  6. Betul susah hendak nampak orang bela anggerik.
    Kena orang itu suka dan pandai bela.

    ReplyDelete
  7. Anggerik bunga orang nusantara, orchid bunga orang putih heheheheee.

    ReplyDelete
  8. Akak suka pokok orkid ni. Akak pulak dah lama tak siram. Tapi bila gantung dia bawah dahan pokok besar yang redup, ok dia. Banding bunga ros, lagi susah jaga ros dari orkid, pada pendapat akak. :)

    ReplyDelete
  9. mak akak pun suka tanam orkid ni dulu2..sekarang ni tak sure ada lagi ke tak kat rumah tu pokoknya..da berbulan2 tak balik sarawak..huhuhu

    ReplyDelete
  10. Cantik. Rupanya sama ye orkid dan anggerik ni. Patut nampak macam sama.. Nama je lain2.
    Yg tanam orkid memang orang yang betul2 sabar je. Mak naniey ada 3 orkid kat rumah. Kalau naniey sendiri memang tak berapa rajin la nak tanam pokok2 berbunga ni. Lebih suka pada pokok2 hijau hiasan tu je. Tp sekarang duk rumah langit memang tak dapat nak menanam la. Balkoni pun sempit.

    ReplyDelete
  11. tapi shah alam guna gelaran bandar anggerik ;-)

    ReplyDelete
  12. Akak pun suka bunga orkid cuma blom dapat beli lagi sepasu dua...kalau dapat anggerik hutan lagi cantik kan..tapi tu la bila nak ambik org2 tua ni banyak pantang larangnya..semua tak boleh...well apa pun...ada kawan akak namakan anak dia Anggerik Atira Najwa...best kan nama tu...

    ReplyDelete
  13. Rumit dan sangat sensitif pokok anggerik ini.. Arwah ibu Sha sangat sukakan pokok Anggerik ini.. Berpokok-pokok dan meriah dengan bunga.. Tapi lepas arwah meninggal kami adik beradik tak minat.. hehehe.. Lama-lama pupus dari rumah.. Bila dia berbunga, pelbagai warna.. cantik je.. Kalau tak de bunga hijau dengan daun.. hehehe..

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.