Derma Darah Dapat Planner Ana 2021

Jujur cakap, seumur hidup tak pernah derma darah. Tapi nak! Takut tu lebih mengatasi rasa nak derma tu. Dulu masa study nak menderma, tak cukup berat badan. Sekarang dah terlebih berat takut pulak. Haishhh..macam-macam alasan ye!

Berdasarkan undian orang awam di website Pusat Darah Negara. Kenapa anda takut untuk menderma darah?
  • Saya takut gemuk selepas menderma darah. - 32.2%
  • Saya takut melihat jarum. - 32.4%
  • Saya takut darah saya habis selepas menderma darah. - 7.3%
  • Saya takut badan menjadi lemah selepas menderma darah. - 28%

Awak yang mana satu? Saya taklah jenis takut darah atau pitam tengok darah. Tapi sejak jari terluka dek kerana terkena sikit mesin kelapa. Saya terus rasa nak pitam bila tengok darah keluar banyak sekaligus.

Taklah banyak mana, tapi rasa macam nak pingsan gak tu. Gelap terus rasa dunia ni. Lepas tu masa ambil darah masa checkup, nurse ambil darah dalam 4-5 tabung uji macam tu. Cucuk pulak tu dengan tangan bukan dekat lengan. Terus rasa nak pitam gak tu. Mujur lah masa tu bukan covid, husband ada teman.

Gila lah. Saya dulu yang bukan pitam tengok darah tapi bila darah sendiri terus rasa nak pitam. Kau dah kenapa??? Itulah faktor yang menyebabkan saya takut teruk nak derma darah. Nak vaksin ni risau nak kena cucuk tu je. Apahal entah takut jarum tu kemain lagi.

Lain pulak cerita dengan husband. Dia memang penderma darah tegar. Walaupun kami berdua berdarah O tapi dia penderma sejati. Isteri dia tukang support je. Boleh lah kan?

Semalam, genap 30 kali dia derma darah.

Kebaikan Derma Darah

1. Membantu pesakit yang memerlukan darah
2. Menjaga kesihatan penderma
3. Mengurangkan risiko sakit jantung
4. Menyeimbangkan zat besi di dalam badan penderma
5. Mengurangkan risiko terhadap penyakit kanser
6. Menderma darah dapat mengurangkan kalori di dalam badan
7. Menggantikan sel-sel darah yang baru lalu mengekalkan kecergasan
8. Perderma lebih produktif dalam melakukan kerja
9. Menderma darah dapat menyatukan manusia sejagat

Selain itu, untuk 30 kali menderma darah akan dapat rawatan percuma pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas dua untuk tempoh 3 tahun. 

Saya? buku derma darah pun non hado!

Derma Darah Dapat Planner Ana 2021

Cara derma darah

Derma darah ni bila bila masa je boleh. Tak payah tunggu kempen derma darah. Macam husband selalu terus pergi hospital je. Atau pun ke pusat derma darah. Hospital pun kekurangan darah.

Dorang tak buat kempen sebab sekarang musim Covid. Agak susah sikit agaknya.

Siapa nak derma pergi terus ke hospital. Macam biasa lepas derma darah akan dapat roti dan air. Kali ni derma darah dapat planner Ana 2021.

Tema cover planner Ana ni bagus, You are stronger than you think. You can be strong, you cana be amazing, you can be brave.

Taklah semua tempat dapat planner. Tapi memang dapat air dan roti tu biasnya lah.


Planner Ana 2021


Kriteria Penderma Darah

1. Sihat tubuh badan.
2. Berumur
  • Berumur di antara 18-65 tahun untuk yang pernah menderma.
  • Berumur di antara 18-60 tahun untuk pertama kali menderma.
  • 17 tahun (perlu mendapatkan kebenaran bertulis daripada ibubapa/penjaga).

3. Berat badan 45kg ke atas.
4. Tidur minimum 5 jam.
5. Tiada masalah kesihatan.
6. Telah mengambil makanan sebelum menderma darah.
7. Tidak terlibat di dalam sebarang kegiatan berisiko tinggi seperti berikut :
  • Hubungan jenis sesama jantina (homoseksual).
  • Hubungan jenis dengan kedua-dua jantina (biseksual)
  • Hubungan jenis dengan pekerja seks komersial.
  • Bertukar-tukar pasangan seks.
  • Mengambil dadah secara suntikan.
  • Menjadi pasangan hubungan jenis kepada golongan di atas.

8. Pendermaan terakhir 3 bulan lepas
9. Bagi penderma wanita; tidak mengandung, tidak datang haid, tidak menyusukan anak.
10. Jangan menderma jika anda :
  • Pernah tinggal di United Kindom (England, Northern, Ireland, Scotlaand, Wales, Isle of Man atau Channel Island) atau Republik Ireland dari tahun 1980 hingga 1996 untuk tempoh 6 bulan (terkumpul) atau lebih.
  • Pernah tinggal di Europe dari tahun 1980 hingga sekarang untuk tempoh 5 tahun (terkumpul) atau lebih.
11. Membawa salah satu dokumen yang diperlukan.

Sumber : pusatdarahnegara

9 Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

  1. penderma darah pun akan dapat giliran cepat untuk vaksin covid nanti katanya

    ReplyDelete
  2. Teringin hendak derma tapi takut.
    Oh ada kelebihan dapat rawatan percuma.

    ReplyDelete
  3. Terbaik la suami Fiza, 30 kali tu!

    Akak pun belum pernah menderma, teringin jugak. Tapi belum pernah usahakan.

    ReplyDelete
  4. wak bukanlah penderma tegar., hehehe

    mesti husband tu slim je badan kannn., ;p

    ReplyDelete
  5. wahhh bgusnyaa. syu pon selalu derma darah. mmg dah aim 3 bln skali. rasa happy bila derma darah sbb tau darah kita akan membantu org yg memerlukan.

    ReplyDelete
  6. Macam dah lama jugak tak menderma..Kalau derma pun tunggu ada orang bukak booth tu je.. huhu...

    ReplyDelete
  7. Saya tak takut, tapi saya tak lepas syarat nak derma darah, sedih betul!

    ReplyDelete
  8. Wah! 30 kali derma darah! Tahniah encik Suami dia.
    Kak Amie dulu pernah nak derma darah tapi tak boleh derma, sebab bila diperiksa katanya kurang darah. Sampai sekarang tak pernah derma darah.

    ReplyDelete
  9. Menarik gift tu. Tak pernah derma darah lg

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

نموذج الاتصال