Header Ads

Jejak Rasul 2021 Pertama Kalinya di Malaysia

Jejak Rasul, rancangan TV paling popular di sepanjang bulan Ramadan di TV3. Zaman kanak-kanak dulu suka betul tengok Jejak Rasul sebelum berbuka.

Jejak Rasul

Sebuah rancangan dokumentari Islam yang ditayangkan di TV3 sejak 12 Februari 1994. Pernah juga ditayangkan di TV9, kemudian ditayangkan di TV3 semula. Jejak Rasul akan disiarkan setiap tahun pada bulan Ramadan. Rancangan ini bawah tajaan Bank Islam, Agro Bank dan Perbadanan Johor. -wikipedia

Petang-petang dah terpacak depan TV nak tengok Jejak Rasul. Tengok rancangan masak masak terliur pulak nanti. Benda boleh elak, kenapa nak uji dengan tengok makanan sedap. Tak gitu?

Setiap tahun, rancangan Jejak Rasul memaparkan sejarah Rasul yang diceritakan di tanah Arab. Tapi tahun ni, Jejak Rasul pertama kalinya di Malaysia.

Jejak Rasul musim baru edisi 2021 tahun ini akan memaparkan pelbagai kisah yang ada di Malaysia. Kisah perjuangan ulama dan pemerintah zaman dahulu yang bermati-matian demi menegakkan syiar Islam di tanah air tercinta.

Jejak Rasul 2021 Pertama Kalinya di Malaysia

Menggali citra dan prasasti sejarah, antara kalam ulama dan tulus titah. Tulis Fedtri Yahya yang juga merupakan pengacara Jejak Rasul 2021.


Indah tulisan Fedtri Yahya dan anugerah suara pun kena dengan rancangan sebegini. Ramai juga artis pilih Fedtri Yahya sebagai pengacara majlis. Baru baru ni beliau jadi pengacara majlis kahwin Ernie Zakrie & Syamel, esoknya majlis nikah Neelofa & PU Riz.

Hebat betul! Rezeki beliau juga memiliki suara 'mahal'. Jejak Rasul kali ni lebih dekat dihati kerana memaparkan tanah air kita. 

Dari klip teaser yang dikongsikan, terpesona dengan cinematography yang dipaparkan. Semacam tak percaya ianya di Malaysia. Baru tahu ke Malaysia ni banyak tempat yang cantik? Ini yang tak sabar nak tengok Jejak Rasul pertama kalinya di Malaysia.


10 comments:

  1. menarik..tak sabaq..

    miss Zainal Ariffin as a host..

    ReplyDelete
  2. rancangan yang dinanti setiap kali tibanya Ramadan

    ReplyDelete
  3. First time ni jejak rasul di Malaysia. Tak sabar nak tengok!

    ReplyDelete
  4. Rancangan yang ditunggu tunggu saban tahun...

    ReplyDelete
  5. Wahhh! Besttt ni.. kenee tengok nii 😁

    ReplyDelete
  6. Menarik nih fiza..xsabar nk tonton sejarah kita pula :)

    ReplyDelete
  7. Suka masa Zainal Arifin jadi pengantara. Masa dia datang ke MITC Melaka memang popular, orang tanya pengalaman menjelajah ke bumi Anbia. Seronok dengar, suara sedap. Hehe sekarang kurang ikuti.

    ReplyDelete
  8. bulan puasa kalu mmg excited depan tv tgk jejak rasul tapi tak pernah paham

    ReplyDelete
  9. Antara sebab rindu Ramadan sebab ada Jejak Rasul.. wakakkaakaka.. tpi selalu je terlepas nengok...

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.