Header Ads

Aiskrim McFlurry Karamel Masin McDonald's

Aiskrim McFlurry Karamel Masin @salted caramel McDonald's ni bukanlah aiskrim McD terbaru. Minggu lepas belinya pun. Aiskrim McD terbaru sekarang McFlurry Mangga. McFlurry Mangga tu macam terlalu tempting sangat je nampak. Ada yang dah cuba ke?

Karamel masin ni apa kurangnya. Aiskrim asasnya adalah aiskrim vanilla. Disaluti dengan curahan sos karamel masin @salted caramel dan juga taburan serpihan wafer. Nak kata cornflakes macam bukan, nak kata nestum pun bukan. Dia lebih kepada wafer aiskrim tu.

Aiskrim McDonald McFlurry Salted Caramel

Salted merujuk kepada rasa masin. Tapi tak masin sangat pun. Caramel pulak of courselah sedap rasa manis dia. Ikut selera saya, sedap dan menepati selera bila rasa salted caramel tu bergabung dengan aiskrim vanilla.

Tapi kan... kalau makan aiskrim Mcflurry ni tak pernah makan habis sorang. Beli satu mesti kongsi berdua. 

McD jangan macam-macam eh keluar perisa yang sedap-sedap. Laju betul McD buat kerja. Belum sempat merasa yang dulu, dia dah keluar yang baru. Aduhaiii... yang tak sempat merasa memang tak merasalah cerita dia.

9 comments:

  1. sedapnya 😍 kita sejak takboleh rentas negeri ni lama tak pergi mcd haha

    ReplyDelete
  2. Tunggu jap g. Ada la foodpanda nganto ke rumah ni. Haha

    ReplyDelete
  3. smlm i tired the manga mcflurry ! sedap gila

    ReplyDelete
  4. Favorite! Dulu habis waktu kerja terus beratur dekat counter semata mata nak beli mcflurry aramel ni. Sedappppp gila!

    ReplyDelete
  5. McD takde di LD. Kenalah rentas daerah sama ada ke Semporna atau Tawau. bolehlah makan puas-puas di situ. sayangnya sekarang LD berPKPKlah pulak!

    ReplyDelete
  6. Mcd memang lajuuuu keluarkan perisa baru. Yg mangga nampaknya tak boleh cuba 🤣🤣

    ReplyDelete
  7. Nikmat dapat McFlurry ni. Tak pernah try yang ni.

    ReplyDelete
  8. Hash McD rajin keluar menu baru. Rasa macam tiap-tiap bulan ada sahaja makanan baru. Kadang-kadang 2-3 jenis keluar dan masa terhad.

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.