Header Ads

Lepas Teringin Minum Air Kelapa, Dapat Air Kelapa Kuning Pun Boleh

Cuaca kejap panas kejap hujan minggu ni. Bila datang cuaca panas tu, panas lain macam. Cuaca panas, dapat minum air sejuk memang sedap oiii. Teringat ingat pulak air kelapa. Kalau dapat minum air kelapa pandan kat kampung lagi sedap.

Cakap je nak minum air kelapa, abah dah kaitkan kelapa dah. Tapi tak dapat merentas negeri lagi. Terkulat kulat lah menahan keinginan minum air kelapa. Kat Pilah ada kelapa kuning je. Kuning pun kuninglah janji air kelapa buat lepas teringin nak minum air kelapa sebelum puasa.

Kelapa kuning ni kelapa gading ke sebenarnya? Ada sepokok je tepi rumah. Sentiasa berbuah juga. Cuma jarang ambil. Selama ni dipandang sepi je pokok kelapa tu.  Baru sekarang lah nak pandang. 
Rezeki dapat 3 biji kelapa je. Yang lainnya rosak ditebuk tupai ke apa entah.

Dapatlah satu jug air kelapa. Air kelapa kuning muda ni ni tak manis sangat pun. Hampir macam tak ada rasa sangat. Kenalah campur dengan air gula pasir atau gula melaka. Saya buat dua dua jenis baru puas hati merasa.

Air Kelapa Kuning
Air kelapa kuning dengan campuran air gula pasir

Campuran air gula pasir tak banyak mengubah rasa air kelapa sebenar. Tapi kalau campur dengan air gula melaka rasa air kelapa berubah sikit dan berikan rasa yang unik. Tak terlalu manis dan mungkin lebih menyihatkan.

Campur gula melaka ni abah dengan mak yang biasa buat. Saya pun tiruvasi lah idea mereka. Buat lepas rindu.


Air Kelapa Kuning Gula Melaka
Air kelapa campuran gula melaka



Isinya tak tebal tapi lembut gila. Dulu masa kecik panggil isi kelapa macam ni 'hingus'. Haha..Ada ke makanan disamakan dengan hingus.

Isi Kelapa Kuning

Air kelapa ni bahaya tayang bulan puasa. Telan air liur dibuatnya! Selain menyegarkan tekak, ada manfaat air kelapa kuning ni. Tak pulak saya mengkaji. Tapi air kelapa memang ada khasiatnya tersendiri digunakan untuk tujuan perubatan.


15 comments:

  1. Tak tau pasal kelapa kuning, macam tak pernah jumpa.
    Tapi memang menggoda air kelapa yang Fiza dah campur gula melaka tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kelapa kuning macam susah jumpa je. Kebetulan gak tu kat kampung ada sepokok. Boleh tahan sedap campur gula melaka. Sedap manis tak manis sangat.

      Delete
  2. Tak pernah cuba campur gula melaka, boleh cuba lepas ni. Menarik la fiza 😘

    ReplyDelete
  3. kalo tgh hari besok tgk ni hmm.. mencabarrrr keimanann.. hahaha

    ReplyDelete
  4. Sedap pulak tengok air kelapa campuran gula melaka tu, boleh dikatakan first time tengok hahaha.
    Kalau tengok tengah hari esok confirm menggugat keimanan gitu :D

    ReplyDelete
  5. kalau minum air kelapa, isi dia tu mmg favorite and usaha nak korek sampai lincin haha

    ReplyDelete
  6. suke air kelapa campur gula merah, tp susah nak dpt kat tmpt saya ni

    ReplyDelete
  7. Banyak jenis buah kelapa ye Fiza. Pagi tadi Encik Suami bawa pulang setandan kelapa, kulit warna kuning. Tak tahulah kelapa kuning macam kelapa Fiza ini atau kelapa gading. Kalau minum air kelapa pandan memang tak payah dah campur apa-apa perasa sebab dah cukup enak dan manis, tapi kelapa jenis kuning ini nampak sedap pula ditambah gula melaka. Nanti Kak Amie nak try buat buka puasa. Tq for sharing Fiza.

    ReplyDelete
  8. Wow warna yg menggoda. Tak pernah minum mcm ni. Suka original hehe

    ReplyDelete
  9. Bagus minum air kelapa dikala musim panas.. lega je lalu tekak.. hehehe..

    ReplyDelete
  10. Nasib tengok time dah memalam ni... tak rasa nak minum wt mse ni.. Menggodanyaaaa!

    ReplyDelete
  11. Selalu minum air kelapa kosong, tidak pernah letak gula. Hehe selalu beli di gerai.

    ReplyDelete
  12. Sangat nikmat tekak dapat minum air kelapa. Balik kampung 2 minggu lepas almost setiap hari pergi beli air kelapa sebab murah. RM2.50 je sebiji. Puas hati minum. Balik KL tak dapat la harga tu. Paling murah RM4.

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.