Header Ads

Buat Sambal Gesek Simple Versi Kisar Stok Bulan Puasa

Hidangan masakan melayu tak lengkap kalau tak ada sambal pedas. Itu bagi jenis yang suka makan pedas lah. Orang tak makan pedas, apa kisah tak ada sambal pun. Bulan puasa stok sambal wajib ada. Masing-masing dok pakat beli stok sambal untuk bulan puasa. 

Disebabkan saya terajin, saya buatlah juga stok sambal gesek versi kisar untuk stok bulan puasa ni.

Buat versi kisar sebab tak rajin nak menggesek guna cobek dan ulek batu tu. Saya buat sambal gesek simple je gunakan resipi sambal gesek macam sambal belacan tapi tak letak belacan tu. Cuma kalini saya buat gunakan minyak lebih sikit. Jadi dia nampak macam sambal ayam geprek AR tu. 

Resipi Sambal Gesek Pedas Simple

Ayam geprek, ayam penyet, ayam gepuk nampak macam menggunakan jenis sambal yang sama je. Ke? Dah tak dapat beza dah. Macam lebih kurang je rupa. Bahan-bahan mungkin berbeza.

Resipi sambal gesek

Cili merah super pedas 2pek
4 biji bawang merah saiz sederhana (potong 4)
2 ulas bawang putih
20 biji tomato cherry saiz kecil (kalau guna saiz besar, 2 biji cukup)
Senggenggam ikan bilis (basuh dan toskan)
suku camca garam atau hujung sudu garam (jika nak kurangkan penggunaan garam)
1 sudu gula besar
1 mangkuk kecil minyak 
1/2 cawan air

Cara buat sambal gesek

Panaskan minyak, masukkan cili merah, bawang merah, bawang putih, tomato dan ikan bilis. Biarkan layu dan garing sikit. Kemudian angkat, tos dan biarkan sejuk sebelum kisar.

Dah sejuk baru kisar. Masukkan garam, gula dan air. Ikut suka nak kisar halus atau kasar sikit. Lepas kisar, panaskan semula minyak lebihan tadi dan masukkan bahan-bahan yang di kisar tadi.

Sambal ni dia dah pecah minyak dah. Cuma masakkan lagi untuk lebih masak, garing dan lebih sedap lagi. Dah siap, masukkan sambal bersama minyak tu dalam mangkuk. Bila dah sejuk baru masukkan dalam bekas untuk simpanan.

Nak buat sambal gesek ni kena gunakan cili merah yang super pedas tu. Kalau tidak, kurang menjadi rasa pedas tu. Saya gunakan tomato cherry sebab stok tu je yang ada. Lagipun tomato cherry ni rasa dia manis. Nak gunakan tomato biasa pun boleh.

Simpan sekali bersama minyak yang macam chilli oil tu boleh simpan dan tahan lama. 2 pek cili merah tu saya dapat 3 bekas sambal. Guna semula bekas beli sambal geprek. Mujur tak buang lagi kitar semula. Dah boleh buat niaga macam ni.

Sambal Gesek Super Pedas

3 hari berturut turut menu berbuka  saya ayam goreng dengan sambal gesek. Ayam goreng guna tepung bestari. Crunchy dan sedap dimakan bersama dengan sambal gesek. Tak lupa juga sala dan kobis untuk ulam-ulaman. 

Ayam goreng tepung bestari

Hidangan berbuka yang ringkas dan menyelerakan. Senang saya hanya perlu goreng ayam je. Saya perap tengahari dan petang 1/2 jam nak berbuka baru goreng. Ulam-ulaman saya guna salad bulat dan kobis beijing. Dua dua rangup dan fresh baru sedap dibuat ulam. Jimat tenaga dan bahan bahan tak perlu menumis sayur.

Tapi harini nak tukar menu lainlah pulak. Nanti jemu pulak makan ayam hari-hari. Plan nak masak ikan harini. Tapi nak masak apa ek? Bakar je pun boleh, nanti boleh makan dengan sambal gesek ni. Dah ada stok sambal kan. 


16 comments:

  1. Tak pernah buat sendiri sambal gesek ni. Selalu makan yang dah siap je...
    Nanti nak cuba buatlah guna resepi yang Fiza share nih!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh cuba buat sendiri nanti. Selamat mencuba :)

      Delete
  2. sedapnya nmpk sambal gesek ni. menarik resipi ni, bleh cuba next time.
    syu pon suka beli sambal, senang bleh mkn dengan ayam grg je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Silakan mencuba Syu. kalau datang mood malas, membeli juga kaedahnya :)

      Delete
  3. Boleh rasa kepedasan dia tuu kalau tengok dari gambar. Sedapppnya makan dengan nasi putih dengan ayam. Saya minat pedas tapi perut tak bagi kerjasama hahaha. Sedih betulll.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haa kalau perut tak bagi kerjasama better jangan. tak pasal sakit pulak yang datang nanti

      Delete
  4. Sambal menarik, gambar Fiza ambil pun sangat cantik.

    Rumah akak pun sentiasa simpan stok sambal2 gini. Tapi beli..hehe.
    Tinggal masak ikan/ayam je, dah cukup berselera makan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Menarik juga dari segi rasa ikut selera saya. hihi..Terima kasih kak.

      itulah kan, sambal ni wajib ada stok. Pembuka selera gitu.

      Delete
  5. mengancam betul sambal gesek fiza.. sedap makan waktu sahur nie..

    ReplyDelete
  6. Senang aje rupanya nak buat sambal gesek macam ayam geprek tu...boleh la akak cuba nanti

    ReplyDelete
  7. Mana hendak cari cili merah 2x pedas ya? Bolehlah cuba, selalu guna cili api sebab selalu cili merah biasa. Tq kongsi resipi.

    ReplyDelete
  8. Macam sama tapi ada beza juga jenis sambal-sambal tu. Sambal geprek tu Kak Amie pernah jumpa yang bubuh kacang. Walaupun pedas menyengat tapi tetap rasa sedap.

    ReplyDelete
  9. nampak ngancam gak ni..boleh jual dah..mungkin kalah sambal nyet KA..wakaakakka

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.