Header Ads

Tebus eWallet RM150, Buat Permohonan Bantuan eWallet 2021 untuk Belia Umur 18-20 Tahun

E wallet 2021 bila masuk? Persoalan sejak awal tahun haritu masih jadi tanda tanya. Terbaru, golongan belia dan pelajar IPT (Institut Pengajian Tinggi) boleh tebus eWallet RM150 bermula 1 Jun 2021 sehingga 22 Julai 2021. 

Susulan pandemik COVID-19, kerajaan telah bersetuju untuk meningkatkan jumlah kredit eWallet kepada RM150 melalui Pemerkasa. Sebelum ini pembentangan awal mengumumkan jumlah eWallet RM100 menerusi program eBelia.

Program eBelia

Program eBelia merupakan salah satu inisiatif yang telah diumumkan dalam Belanjawan 2021 yang bertujuan meringankan beban kewangan selain menggalakkan perbelanjaan secara tanpa tunai di kalangan belia serta pelajar sepenuh masa di institut pengajian tinggi tempatan berdaftar.

Tebus eWallet RM150, Buat Permohonan Bantuan eWallet 2021 untuk Belia Umur 18-20 Tahun


Program ini dijangka memanfaatkan sekitar dua (2) juta rakyat Malaysia, dengan jumlah peruntukan RM300 juta. Setiap pemohon yang layak boleh menuntut RM150 dalam bentuk kredit e-tunai.

Tempoh tuntutan kredit tersebut adalah dari 1 Jun 2021 hingga 22 Julai 2021 dan kredit tersebut boleh dibelanjakan sehingga 31 Julai 2021

Syarat kelayakan bantuan eWallet RM150

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 18 ke 20 tahun pada tahun 2021 (lahir pada tahun 2001 hingga 2003)
  • Pelajar IPTA/IPTS sepenuh masa (Diploma atau SKM4 dan keatas) yang berdaftar dengan kementerian terlibat
Nota : Data belia akan disemak silang dengan IPT tempatan yang berdaftar dan pangkalan data Kerajaan yang berkenaan.

Cara tebus eWallet

Penebusan eWallet boleh dibuat menggunakan aplikasi seperti:
  • Touch n Go eWallet
  • Boost
  • Grab Pay

Langkah Penebusan eWallet 

  • Muat turun aplikasi e-tunai di Apple App Store, Google Play Store atau Huawei AppGallery. Penyedia perkhidmatan e-tunai yang terlibat adalah BigPay, Boost, ShopeePay dan Touch ‘n Go eWallet
  • Bagi pengguna baharu atau sedia ada, ikuti arahan yang disediakan dalam aplikasi e-tunai tersebut. Pengendali e-tunai akan membuat verifikasi identiti pengguna secara elektronik
  • Di aplikasi e-tunai pilihan, masukkan maklumat yang diperlukan pada paparan tuntutan eBelia dan tekan “Hantar”
  • Anda akan dimaklumkan sekiranya tuntutan berjaya
Nota : Penerima yang layak hanya boleh menuntut kredit eBelia daripada satu (1) penyedia perkhidmatan e-tunai. Sila rujuk aplikasi e-tunai masing-masing untuk maklumat lanjut mengenai penebusan kredit eBelia

Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman web https://www.mof.gov.my/ untuk mengetahui bantuan-bantuan Pemerkasa yang lain.

14 comments:

  1. menarik... kita yang dah lepas garis umur tengok je lah kan

    ReplyDelete
  2. kite jugak yg tak pernah dapat apa2 bantuan...

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah untuk pelajar-pelajar IPT dapat bantuan. Moga tabah belajar ketika pandemik.

    ReplyDelete
  4. Saya ni, apa segala bantuan yang kerajaan umumkan tak dapat.. Saya bukan kaya pun. takkan saya ni T20 pulak.. huhu.

    ReplyDelete
  5. bagus nya dapat meringan kan sikit beban

    ReplyDelete
  6. alaaa..dah terlebih umur..mampu baca je la..

    ReplyDelete
  7. Moga digunakan ssbaiknya apa pun rezeki yang diberi..

    ReplyDelete
  8. Tengah kira umur ni... akak ni dikira 'belia' yang layak tak? hahahah

    ReplyDelete
  9. Anak-anak Kak Amie senyap jew, mungkin tak perasan. Tq for sharing Fiza. Nanti kakak beritahu anak-anak bujang 3 orang tu.

    ReplyDelete
  10. alamak.. sy dah terlebih umur pulak. hahah

    ReplyDelete
  11. Kita dahhhh terlepasss huhuhu, tapi tak apa, dapat bpr hahaha :D

    ReplyDelete
  12. Bagusnya bantuan belia mcm ni. Yg dpt bpr pun dh syukur. Hehe

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.