Permohonan Dan Kemaskini BR1M 4.0 2015

Monday, December 01, 2014

Permohonan Dan Kemaskini BR1M 4.0 2015 boleh dibuat mulai hari ni 1 Disember 2014 sehingga 31 Disember 2014. Permohonan baru merujuk kepada pemohon yang pertama kali memohon dan juga kepada pemohon yang tidak layak untuk BR1M 1.0,2.0 dan 3.0. 

Bagi penerima BR1M yang layak sebelum ini perlu mengemas kini maklumat peribadi seperti alamat,maklumat anggota keluarga dan akaun bank jika ada sebarang perubahan daripada permohonan dahulu.

Antara perubahan yang ingin dibuat

1. Memberikan maklumat akaun bank jika sebelum ini tidak disertakan
2. Tukar Alamat
3. Maklumat Pasangan Atau Tanggungan

Untuk  Penerima BR1M kategori Isi Rumah dan Warga Emas, perlu mengemukakan maklumat waris bagi tujuan pembayaran Skim Khairat Kematian.

Permohonan baru dan Kemaskini maklumat mulai 1 Disember 2014 sehingga 31 Disember secara online melalui Portal Rasmi BR1M LHDNM :  https://ebr1m.hasil.gov.my 

Ataupun secara manual dengan menggunakan borang yang boleh didapati di :
  1. Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri
  2. Pejabat Daerah dan Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri di seluruh negara
  3. Jabatan Pembangunan Persekutuan
  4. Jabatan Kebajikan Masyarakat
  5. Jabatan Penerangan serta agensi kerajaan
  6. Online di laman sesawang www.hasil.gov.my
Penting untuk Penerima BR1M untuk membuat kemas kini bagi memastikan wang bantuan BR1M dapat disalurkan kepada penerima mulai tarikh pembayaran seperti yang dinyatakan dengan tepat dan mudah berdasarkan maklumat terkini

Seperti yang terkandung dalam bajet 2015.Wang BR1M telah akan dinaikkan mengikut kategori.


Syarat Layak Terima BR1M 4.0 RM950

1. Status Warganegara Malaysia
Kriteria Seorang lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada ahli keluarga yang tinggal serumah atau ketua keluarga contohnya

2. Berkahwin
Ibu atau Bapa tunggal yang mempunyai tanggungan
Bujang (Janda,Duda)yang mempunyai tanggungan

3. Warga emas (sebatang kara)berumur 60 tahun keatas
Pendapatan Kasar Bulanan RM3000 dan kebawah (termasuk dengan warga emas)
Cara Pembayaran Diterima Dibayar sebanyak tiga kali setahun iaitu


Pengagihan

RM300 : 28 Januari dan 28 Mei
RM350 : 28 SeptemberLayak menerima Skim Khairat Kematian yang memberi manfaat kepada waris penerima BR1M dengan bantuan RM1,000, berkuat kuasa selama setahun


Syarat Layak Terima BR1M 4.0 RM750

1.Status Warganegara Malaysia
Kriteria Seorang lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada ahli keluarga yang tinggal serumah atau ketua keluarga contohnya

1. Berkahwin
Ibu atau Bapa tunggal yang mempunyai tanggungan
Bujang (Janda,Duda)yang mempunyai tanggungan

2. Warga emas (sebatang kara)berumur 60 tahun keatas
Pendapatan Kasar Bulanan RM3,001 hingga RM4,000 (termasuk dengan warga emas)
Cara Pembayaran Diterima Dibayar sebanyak tiga kali setahun iaitu


Pengagihan

RM200 : 28 Januari dan 28 Mei
RM350 : 28 SeptemberLayak menerima Skim Khairat Kematian yang memberi manfaat kepada waris penerima BR1M dengan bantuan RM1,000, berkuat kuasa selama setahun


Maklumat Skim Khairat Kematian

Skim Khairat Kematian akan diberi kepada waris penerima BR1M kategori isi rumah dan warga emas yang meninggal dunia di dalam tempoh 1 Januari 2015 sehingga 31 Disember 2015. Maklumat waris perlu didaftarkan secara online atau manual (melalui borang)
Hubungan waris dengan pemohon BR1M adalah terhad kepada suami/ isteri/ ibu/ bapa/ anak sahaja

Syarat Layak Terima BR1M 4.0 RM350
1. Status Warganegara Malaysia
2. Kriteria Individu (Bujang)
3. Berumur 21 tahun ke atas
4. Pendapatan Kasar Bulanan RM2,000 Kebawah

Pengagihan
Cara Pembayaran Diterima Dibayar sekali gus mulai 28 Januari 2015 Bukan pelajar IPT kerana akan mendapat bantuan baucar buku RM250 (BB1M)

Pemohon baru dan penerima BR1M sebelum ini yang tidak memiliki akaun bank dinasihatkan membuka akaun di cawangan bank berhampiran supaya penerima BR1M yang memiliki akaun bank tidak lagi perlu beratur panjang menerima bantuan kewangan itu kerana wang akan disalurkan terus ke akaun bank penerima mengikut peringkat pembayaran serta mempercepatkan penyaluran bantuan kepada penerima di masa depan

Pemohon atau penerima yang mempunyai pertanyaan boleh menghubungi talian bebas tol 1800-88-2716 (LHDNM) atau 03-8882 4565/4566 (Kementerian Kewangan) serta emel ke br1m@treasury.gov.my

Senarai Nama Bank Yang Diterima Bagi Tujuan Pembayaran BR1M

  1. Affin Bank Berhad
  2. Agro Bank
  3. Alliance Bank Malaysia Berhad
  4. Am Bank Berhad
  5. Al Rajhi Bank
  6. Bank Islam Malaysia Berhad
  7. Bank Rakyat
  8. Bank Muamalat Malaysia Berhad
  9. Bank Simpanan Nasional
  10. Cimb Bank Berhad
  11. Citibank Berhad
  12. Hong Leong Bank
  13. Maybank
  14. OCBC Bank
  15. Public Bank Berhad
  16. RHB Bank Berhad
  17. Standard Chartered Bank Malaysia BHD
Perlu di ingatkan : Jenis akaun yang dibenarkan adalah akaun simpanan bank atas nama pemohon BR1M sahaja. Akaun pinjaman, akaun bersama dan akaun syarikat adalah tidak dibenarkan

16 comments

  1. ok faham..

    bujang rm350 la ea.. ke rm50 tu jd insurans.. xamik tau lak berita ni lbh lnjut..hhuhu

    ReplyDelete
  2. Hari ni mesti laman web ni paling sibuk hehehe ............

    ReplyDelete
  3. Tak kemaskini lagi. Thanks for the info.

    ReplyDelete
  4. Done!!!EH...akaka dapat ke...hehehe...dapat of course sebab status akak

    ReplyDelete
  5. Nanti nak suruh mak kemaskini permohonannya.. good info kak fiza :)

    ReplyDelete
  6. dah mula untuk kemaskini maklumat dah kan.. huhuhu terlupa jap..

    ReplyDelete
  7. Line internet selow, tak sempat kemaskini lagi, hehe.. tq kak fiza ingatkan.. :D

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.