Mencari Remis Di Bagan Nakhoda Omar (BNO), Sabak Bernam

Monday, February 09, 2015

Sambungan dari entry pagi tadi. Lokasi family outing kali ni kat Bagan Nakhoda Omar, Sabak Bernam. Dekat je dari rumah kakak dalam 10 minit macam tu dah sampai. Motif utama nak cari remis. Sambil tu kita layan berkelah di tepi pantai.

Seriously suka sangat permandangan kat Bagan Nakhoda Omar ni. Geram tengok macam² jenis kulit kerang,siput dan macam macam ni sampai tak tahu spesis apa lagi. Nak kutip takde aquarium pulak. So buat masa ni abaikan je..huhu


Sebelum mencari remis kita charga energy dulu dengan santapan tengahari. Lepas zohor baru gerak lunch kat sini. Lauk seperti dalam gambar. Memang kenyang makan. Lepas makan rasa macam nak tidur je bawah pokok rasa angin sepoi² bahasa walau cuaca panas tapi rasa best je ditiup angin pantai ni.

Ini menu utama.. Udang Galah Segar.

selesai makan barulah turun ke pantai. Gigih betul mencari remis walau cuaca panas bak hang! Haruslah ade gambar walau sekeping dua..baru boleh tulis entry. aha.

Sesambil melayan anak buah yang macam² karenah ni..Takut air laut pulak dah dak Hannah ni.


Yang dah besar sikit ni kemain excited lagi masing²



Bajet macam mandi pantai pulak ni

Baru turun kejap dah berpeluh..Phew~ Kagum dengan diri sendiri sebab pakai jubah mencari remis..Bajet nak berkelah je pun dan nak turun pantai kejap je. Tapi macam best pulak mencari remis ni. Layankan je la..

Siapa yang tak tergoda kalau semua sibuk mencari remis kan..hehe


Inilah hasil tangkapan hari semalam..Banyak betul remis ni. Ikutkan lama lagi ni tapi anak buah pun dah merengek nak balik dan air pun dah pasang memang kena stop lah. Badan pun berlengas nak balik mandi.



Sesape yang dekat tu bolehlah datang sini nak mencari remis. Fiza tak sempat nak rasa sebab nak balik cepat kan. Tandanya  kena datang lagi ni. Ramai² lagi satu family baru best.

23 comments

  1. banyak jugak dapat tu fiza..kalau dekat nak jugak pergi sana

    ReplyDelete
  2. Remis tu macam kupang la kan. Selama ni ingatkan pantai remis nama khas je. rupenye ada benda lain yang nama remis. Huhuhu

    ReplyDelete
  3. Ya allah dah lama tak kesana , kalau emma pergi minggu lpas msti jumpe akak :)

    ReplyDelete
  4. bestnye berkelah tepi pntai.. akk duk dkt ngn pntai tp jarang benar nk ke pntai.. haha..

    ReplyDelete
  5. Udang galah dlm tupperwars tu mak aiiii sedappnyerrrr...

    ReplyDelete
  6. banyak jugak dapat tu..Fiza buat masak apa nih.?/akak suka buat masak lemak..erm...terbayang2 la pulak..hahhah

    ReplyDelete
  7. First time dengar pasal remis ni ;D Tak tahu pun sebelum ni.

    ReplyDelete
  8. mak oiii udang galah...remis tu manis tau fiza..akak pernah cari masa kat PD dulu...kat ada satu kg nelayan ni....memang sedap if buat sweet sour or masak lemak putih...

    ReplyDelete
  9. Remis klau gulai kuning tumbuk lada itam fuyoooo sedapnyerrr ..lama dah tak mkn ,.

    ReplyDelete
  10. bestnya dapat mencari remis ni, boleh berseronok sekali...

    ReplyDelete
  11. kalau masak apa2 pun still sedap remis nih...

    ReplyDelete
  12. terliur pulak tengok semua makanan tuh, huhu

    ReplyDelete
  13. banyak nye...tak pernah cari remis lagi..makan pon tak berapa sangat hehe

    ReplyDelete
  14. seronoknyaa weekand fiza..hehehe lom pernah p sini lagi...

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.