Malam Hari Merdeka keluar kejap pergi ke AEON Mall Seremban 2 nak membeli cadar baru untuk tilam baru. Cadar lama memang tak muatlah sebab tilam baru ni tebal. Nak tak nak kena beli baru juga lah.
Dah shopping, singgah makan malam di Rengit Coffee Rasa Kampung by Dagan Seremban 2. Mulanya nak beli bungkus je makan di rumah. Tapi macam masih awal lagi, cari lah kedai/cafe yang menarik di Seremban 2 alang-alang dah ke situ.
Kami pilih untuk makan malam di Rengit Coffee je lah nampak macam menarik juga. Rengit Coffee di Seremban 2 merupakan outlet keempat mereka yang baru dibuka pada bulan Jun 2026. Masih baru lagi.Rengit Coffee ada 3 outlet lagi yang lain di Johor Bahru, Batu Pahat dan Kulai. Kiranya ni produk dari Johor lah ni. Sama macam Kluang Rail Coffee gitu. Rengit ni nama daerah di Batu pahat.
Selaku orang Johore, tak kan tidak nak singgah makan di sini. Masa kami sampai tu boleh tahan penuh juga di ruang dalam. Kami memilih untuk makan di luar sahaja, di tepi belakang tersorok sikit. Nampak macam menarik pula duduk makan di situ.

Tak dapatlah nak tunjuk suasana dalam Cafe sebab duduk di luar. Di tepi dinding ni pun menarik dekorasi gambar suasana kampung sesuai dengan tema dia "Rasa Kampung"

Buku menu diberikan dan buat pesanan melalui QR yang diletakkan atas meja. Ada sekali loceng in case kalau memerlukan apa-apa atau nak panggil staff.
Nampak pantulan di bangunan sebelah, ambil gambar lah sekeping. Seorang Fiza pantang nampak cermin. Barulah nampak penuh suasana kampung tu di dinding Rengit Coffee.
Selain cermin, saya suka juga ambil gambar lampu. Lampu dia masih bersih ni tanpa habuk bertandang.

Lepas buat pesanan, kami diberikan semangkuk keropok mony/keropok bawang. Katanya buat kudap-kudap sementara menunggu order siap. Oo macam tu, baiklah. Terima kasih.

Tak lama kemudian I jelly pilihan saya pun sampai. I jelly ni ais limau jelly yang pernah viral tu. Saya tak order air, order i jelly je sebab ni pun macam air minuman juga. Nanti kalau order air juga tak habis pula.

Tak dapatlah nak tunjuk suasana dalam Cafe sebab duduk di luar. Di tepi dinding ni pun menarik dekorasi gambar suasana kampung sesuai dengan tema dia "Rasa Kampung"

By Dagan tu saya tak pasti nama Dagan tu nama apa, owner ke apa. Logo Gajah tu katanya melambangkan saiz biji coffee bean yang merupakan signature mereka iaitu Liberica AA.

Nampak pantulan di bangunan sebelah, ambil gambar lah sekeping. Seorang Fiza pantang nampak cermin. Barulah nampak penuh suasana kampung tu di dinding Rengit Coffee.

Lepas buat pesanan, kami diberikan semangkuk keropok mony/keropok bawang. Katanya buat kudap-kudap sementara menunggu order siap. Oo macam tu, baiklah. Terima kasih.
Cantik pula dihidangkan dalam mangkuk tempurung kelapa. Sambil menunggu dan bersembang, bolehlah makan keropok ni.

Sedap betul I jelly ni. Jeli lembut, masam manisnya seimbang. Tapi bawah-bawah tu macam manis sikit sebab saya tak kacau habis pada mulanya. Ada isi buah laici dan juga limau kasturi yang dibelah. Kalau rasa tak cukup masam boleh picitkan je limau tu.
Dihias pula dengan limau pudina bagi nampak seri dan menyegarkan lagi I jelly.
Encik suami pula pilih Iced Hainan Tea. Dihidangkan dalam gelas tinggi. Buih teh tariknya melimpah sampai ke piring alas. Tergoda tengok air teh tarik pekat ni. Saya sedut sikit, hmm sedap rasa dia tak manis sangat.

Sebenarnya tak tahu nak makan apa kat sini sebab banyak sangat pilihan. Banyak jenis lauk pauk yang sedap tapi malas nak pilih makan lauk pauk. Pilih Grilled Chicken Chop. Ayam panggang dia juicy dan lembut. Dimasak elok tak ada pun merah-merah. Dimasak elok sampai ke dalam masak dia.

Rasa perapannya pun sedap. Sos blackpepper tu nampak sikit tapi cukup je dengan sekeping ayam tu. Salad dia menimbum ye. Nasib baiklah kita ni pemakan daun hijau.

Encik Suami pula pesan Grilled Chicken Chop Aglio Olio, sama je ayam panggang kami cuma hidangan ni tambah spaghetti aglio olio. Rasa tak rasa pula spaghetti tu. Jadi, tak ada nak komen apa.

Alhamdulillah semua menu sedap-sedap di sini. Boleh ulang datang makan nanti. Tempat makan menarik, bersih dan selesa. Makanan pun sedap! Service pun laju. Tak lama menunggu makanan siap.

Total semuanya RM70.60.

0 Comments