Filem Jeritan Jin

Filem Jeritan Jin, filem di Astro First terbaru ditayangkan pada 22 Januari 2022. Filem Jeritan Jin dibintangi pelakon Dato' Jalaluddin Hassan, Riz Azmin, Along Eyzandy dan ramai lagi.

filem jeritan jin full movie astro first

FILEM JERITAN JIN

Tarikh Tayangan : 22 Januari 2022
Siaran TV : Astro First 480
Penulis Skrip : Epi Kodiang
Pengarah : Roy WCC Fdam
Produksi : Redfiress Film Production

PELAKON DAN WATAK

  • Riz Azmin sebagai Zack
  • Along Eyzendy sebagai Along
  • Azlan Komeng sebagai Malik
  • Dato' Jalaluddin Hassan sebagai Jaafar
  • Arin Raja Lawak sebagai Haron
  • Kenji Sawahii
  • Ruminah Sidek
  • Shira
  • Pak Ya Sepahtu
  • Kak Girl

SINOPSIS JERITAN JIN

Mengisahkan tentang Zack (Riz Amin) seorang bapa yang baru keluar dari penjara. Zack mahu memulakan kehidupan baru bersama anak perempuannya, Nisa. Hasratnya untuk tidak mencuri lagi terganggu apabila anaknya dimasukkan ke dalam hospital dan memerlukan duit rawatan yang besar.

Tiga orang mafia iaitu Peter Lim, Jaafar dan Sara Bhai merancang untuk melabur RM15 juta dalam perjudian Piala Dunia. Disebabkan untuk membayar kos rawatan anaknya, Zack terpaksa menerima tawaran daripada Malik (Azlan Komeng) yang berniat untuk mencuri wang tersebut.

Selepas rompakan itu, Malik telah menyembunyikan wang tunai di sebuah kilang terbiar yang membawa mereka berdepan dengan seekor jin yang sudah lama tidak diganggu.

12 comments:

  1. Replies
    1. Suka tengok cerita seram bolehlah layan cerita ni kak Nor.

      Delete
  2. Macamanalah kedengarannya jeritan jin ye. Ustaz ada bagi tahu, sejahat-jahat manusia itulah sebaik-baik jin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selalu dengar ayat tu. Seram kalau betul betul kedengaran.

      Delete
  3. Macam menarik.. tapi kena tengok reramai ini.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cerita seram kena tengok berteman. Kurang sikit rasa seram tu :)

      Delete
  4. Nampak menarik..lagipun sukalakonan Riz Amin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Riz Amin kalau berlakon watak apa pun menjadi lakonan dia kan. In character betul.

      Delete
  5. wah jalan cerita best la. nak cari nanti

    ReplyDelete
  6. wah menarik, cerita pasal penjahat pastu datang pasal jin pulak.. musti seram ni

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.