Drama Villa Kristal

Drama Villa Kristal dibintangi pelakon Jasmine Suraya, Tiz Zaqyah, Mawar Rashid dan Mimi Lana merupakan siri drama WeTV Original pertama di Malaysia. Drama Villa Kristal sebuah siri drama Melayu genre komedi akan disiarkan secara percuma dan ekslusif di WeTV.

Drama Villa Kristal

WeTV

Platform penstriman yang menyediakan kandungan tempatan video-on-demand (VOD) dan over-the-top (OTT) utama di Asia Tenggara. WeTV dapat dilayari melalui pelantar wetv.vip, atau menerusi aplikasi yang tersedia di Apple Store untuk pengguna iOS dan Google Play Store untuk pengguna Android

Drama : Villa Kristal
Jumlah episod : 12
Mula siaran : 4 Mac 2022
Siaran TV : WeTV
Penulis Skrip : Nor Hazlin Nor Salam
Pengarah : Kabir Bhatia & Jason Chong
Produksi : Revolution Media Films

PELAKON DAN WATAK VILLA KRISTAL

Mimi Lana sebagai Hani
Jasmine Suraya sebagai Angel
Mawar Rashid sebagai Rose
Tiz Zaqyah sebagai Diana
Tony Eusoff sebagai Idris
Alvin Wong sebagai Robin
Nazrief Nazri sebagai Ustaz Adib
Fadlan Hazim sebagai Detektif Isa
Sherry Ibrahim sebagai Nur Sakinah
Maria Farida sebagai Shahila
Daniella Sya sebagai Alia
Aisar Khaled sebagai Ben
Yvonnez Lee sebagai Jessica
Shekeen Waida sebagai Fauziah
Liza Semion sebagai Datin Maimun
Daler Yusof sebagai Danial
Boba sebagai Kuch/Matahari
Ucop (Yusof Hashim) sebagai Azhar


HANI
Seorang blogger yang bercita-cita untuk menjadi penulis novel, beliau berpindah ke Villa Kristal dengan hanya komputer ribanya. Beliau berjaya menyusup masuk ke dalam kehidupan golongan elit yang mendiami Villa Kristal namun akhirnya terjerumus ke dalam sebuah penyiasatan pembunuhan.

DIANA
Di sebalik kejayaannya sebagai seorang usahawan berjaya, beliau sebenarnya dibelenggu kesepian. Kekasihnya, Idris, adalah seorang ahli perniagaan yang sudah berumah tangga. Hubungan mereka kekal bahagia, sehinggalah tragedi melanda.

ROSE
Seorang bekas pelakon kanak-kanak, dan kini influencer di media sosial yang semakin menurun popularitinya, beliau juga adalah isteri kedua kepada seorang Ustaz terkenal. Tumpuannya kini adalah untuk menjadi seorang isteri solehah dengan harapan untuk memenangi semula pengikutnya di media sosial.

ANGEL
Seorang guru yoga, bekas pramugari, dan pemain cosplay, Angel adalah kekasih kepada Robin dan kerap memberi nasihat tentang cara menggoda lelaki kepada wanita-wanita di Villa Kristal. Beliau mencuba sedaya upaya untuk memberi zuriat kepada Robin setelah Robin menyatakan hasratnya untuk menjadi seorang bapa.

IDRIS
Seorang pemaju hartanah yang kacak, kaya dan kaki perempuan. Walaupun sudah berkahwin, beliau berhasrat untuk menjadikan Diana isteri keduanya.

ROBIN
Kekasih Angel dan rakan perniagaan Idris. Beliau terpalit dalam sebuah skandal besar yang berpotensi merosakkan kerjaya dan reputasinya.

USTAZ
Integriti agama dan gaya hidupnya telah menarik perhatian Rose yang kini menjadi isteri keduanya. Seorang yang periang dan baik hati, perwatakannya berubah apabila beliau terjerat di dalam kes jenayah di Villa Kristal.

DETEKTIF ISA
Seorang inspektor yang tampan telah ditugaskan untuk menyiasat kejadian di Villa Kristal. Dalam menjalankan tugasnya di sana, tanpa sedar, beliau telah bertemu dengan seseorang yang berjaya membuka hatinya.

BEN
Seorang graduan universiti yang memasang angan-angan tinggi untuk menjadi pelakon terkenal di layar perak. Beliau diupah oleh Hani untuk berlakon sebagai suaminya.

SINOPSIS VILLA KRISTAL

Mengisahkan tentang kehidupan Hani (Mimi Lana) yang menyamar sebagai menantu seorang ahli politik. Tujuannya untuk mencungkil rahsia, drama dan masalah rumah tangga madu-madu dan kekasih-kekasih rahsia VIP terkenal yang tinggal di Villa Kristal.

Kondominium eksklusif Villa Kristal tersebut didiami oleh golongan elit bersama-sama madu dan kekasih rahsia mereka.

Untuk mencari bahan sensasi untuk novelnya, Hani (Mimi Lana) yang juga merupakan seorang novelis wannabe yang naif mendapat tahu bahawa isteri muda seorang Ustaz terkenal  iaitu Rose (Mawar Rashid) merupakan seorang penghuni di sana.

Hani menyamar sebagai seorang menantu ahli politik dan cuba membongkar segala skandal, drama dan masalah rumahtangga Rose dan rakan-rakannya, Angel (Jasmine Suraya Chin) dan Diana (Tiz Zaqyah).

Melangkah ke dalam dunia “Wanita Nombor Dua”, Hani terjerumus ke dalam sebuah penyiasatan pembunuhan seorang jutawan hartanah, Idris, (Tony Eusoff) yang telah merubah kehidupannya bersama wanita-wanita lain di Villa Kristal.

10 comments:

  1. 2 pengarah hebat bergabung, mesti hasilnya menarik. rasa nak tengok sebab ada Tony Eusoff dan Tiz

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nampak gaya macam menarik drama ni. Layan dulu episod 1 kalau okay then kita marathon lepas habis sebab boleh tengok online je kan.

      Delete
  2. Wahhhh.. ada Mawar Rashid! Suka tengok dia... heh

    ReplyDelete
  3. Tiz zaqiyah pun ada . Lama juga dia tak bersiaran dlaam mana2 drama ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, lama gak dia tak berlakon. Come back dengan drama baru.

      Delete
  4. menariknya sinopsis drama ni! Nak tengok lah nanti sebab semua pelakon letops!

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.