Drama Jangan Menangis Cinta

Drama Jangan Menangis Cinta, drama rantaian 40 episod gandingan lakonan Remy Ishak dan Amyra Rosli. Jangan Menangis Cinta episod 1 mula bersiaran pada 21 Mac 2022 di slot MegaDrama Astro Ria. Drama Jangan Menangis Cinta merupakan drama adaptasi novel 'Jangan Menangis Cinta' karya Siti Rosmizah.

drama jangan menangis cinta astro ria full episode

DRAMA JANGAN MENANGIS CINTA

Jumlah episod : 40
Mula bersiaran : Mac 2022
Waktu Siaran : Isnin-Khamis, jam 10:00 malam
Siaran TV : Slot MegaDrama Astro Ria
Penulis skrip : Wan Mahani Wan Hassan
Pengarah : Raja Mukhriz
Produksi : SR One Sdn Bhd

PELAKON DAN WATAK

  • Remy Ishak sebagai Zafran
  • Amyra Rosli sebagai Riyana
  • Halim Radzi sebagai Hariz
  • Rita Nadira sebagai Dina
  • Khaty Azian sebagai Puan Sabrina
  • Fadilah Mansor sebagai Datin Seri Raziah
  • Ku Fridah sebagai Puan Seri Latifah
  • Rahim Jailani sebagai Dato Seri Jaafar
  • Atilia Haron sebagai Amirah
  • Hawra sebagai Cinta Aryana
  • Hilal Azman sebagai Pak Nordin

SINOPSIS JANGAN MENANGIS CINTA

Riyana (Amyra Rosli) seorang gadis dari keluarga sederhana. Seorang pelajar yang bijak dan sedang menuntut di universiti tempatan. Pertemuan tanpa diduga dengan Zafran Zahim(Remy Ishak) telah menghuru-harakan hidupnya.

Pertemuan tanpa sengaja dengan abangnya, Hariz (Halim Radzi) makin mendekatkan Riyana dengan musuh utamanya. Takdir Tuhan tiada siapa mampu menghalang. Riyana bertemu jodoh dengan Zafran. Tetapi dia tidak bahagia.

Riyana bukan saja makan hati dengan sikap suaminya tetapi juga dengan emak mentua yang begitu membencinya.

Dalam Riyana mengharungi dugaan hidupnya. Allah menyemaikan kasih di dalam hati suaminya. Zafran akhirnya jatuh cinta dengan isterinya. Namun, bahagia seketika cuma. Dugaan datang melanda. Cinta Aryana pengikat kasih mereka, lahir tidak sempurna.

Riyana redha tetapi Zafran tidak boleh menerima. Cinta dihina! Dicemuh! Dibenci! Oleh bapa kandungnya sendiri. Sehinggakan nak memegangnya pun terasa jijik!

Luluh hati Riyana melihat nasib anaknya. Demi Cinta, Riyana sanggup berkorban apa saja.

16 comments:

  1. Pelakon-pelakon mantap tu, ada orang ketiga menjadi penghalang.. Kalau smooth tak jadi cerita pulak..

    ReplyDelete
  2. hero fav..tp kalao drama kt astro jrg sgt la nk tgk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ada online boleh jugak tengok bila bila free kan.

      Delete
  3. Wah, satu lagi karya penulis Siti Rosmizah dalam bentuk drama!

    ReplyDelete
  4. Gandingan yg hebat . Amyra rosli dan rrmy . Xsabar la nak tonton drama ni .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dua dua pelakon hebat. Karya Siti Rosmizah pulak tu kan. Mesti best drama ni.

      Delete
  5. Panjang episodnya. Mesti banyak konflik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn..kalau episod panjang ni drag macam macam konflik.

      Delete
  6. ehhhh anak sendiri dihina mmg buat sakit hati ni kalau tengok

    ReplyDelete
  7. Saya tengah tengok ler ni . sentiasa ternanti nanti next episode... sedih betul... haih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekali dah layan, kena tengok sampai habis. Kesian dia kena pukul kan. huhu...

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.