The Noor App by Neelofa Aplikasi Islamik Al-Quran Player, Arah kiblat dan Jadual Waktu Solat

The Noor app @TheNoor app by Neelofa adalah idea Neelofa sendiri. Aplikasi TheNoor app, The Noor App by Neelofa telah dilancarkan pada 28 Januari 2021 semalam. Aplikasi Islamik yang mempunyai 3 fungsi asas iaitu Al-Quran Player, Arah kiblat dan Jadual Waktu Solat.

The Noor app sesuai dengan gaya hidup Muslim komprehensif memuatkan aspek kehidupan harian serta merangkumi aspek kerohanian.

The Noor apps Neelofa ni adalah applikasi Islamik yang sangat bermanfaat, berguna dengan norma gaya hidup Muslim. Boleh digunakan pada bila-bila masa dimana-mana saja berada. 

Apps Neelofa boleh dijadikan sebagai apps solat terbaik, apps azan malaysia serta apps Al-Quran yang perlu ada dalam smartphone. 

Thenoor app download secara PERCUMA melalui Apple Store dan Google Store buat pengguna Android dan iOS sedia ada. Buat masa ni hanya pengguna iOS dapat download Thenoor app ni. Untuk pengguna Android akan menyusul kemudian.

The Noor App

Perkataan "Noor" adalah cahaya yang menyinari dan membawa rahmat kepada seluruh umat manusia. Oleh sebab itu, nama "Noor" dipilih untuk aplikasi islamik ini.

Jika dilihat pada logo aplikasi "noor" ni adalah tulisan rumi, bila diterbalikkan ambigram tersebut akan memaparkan ejaan "noor" dalam jawi pula.

The Noor App
kredit : TheNoor



The Noor App juga adalah aplikasi yang bersifat premium boleh di download dengan PERCUMA seumur hidup tanpa perlu bayaran. Tidak terdapat iklan yang tidak sepatutnya untuk menggunakannya seperti yang terdapat dalam aplikasi yang lain. Pendek kata, bebas iklan.

Keistimewaan THE NOOR APP by Neelofa

5 Pilihan Bahasa

Terdapat 5 pilihan bahasa iaitu bahasa Inggeris (English-en), Melayu (Malay-ms), Indonesia (Indonesian-id), Tamil (Tamil-ta) dan Cina (Chinese-zh). Pilihan bahasa juga turut terdapat dalam terjemahan dan alih suara dalam Al-Quran player.

The Noor App -5 Bahasa

Menariknya, terjemahan bahasa Melayu diterjemahkan menggunakan suara Neelofa sendiri. Akan datang, bahasa lain juga akan turut ditambah dalam The Noor App ni.

Al-Quran Player dengan 3 mod

Mengandungi bacaan surah-surah Al-Quran yang didatangkan dengan 3 pilihan bacaan audio dalam 3 mod yang berbeza. Naskah yang digunakan adalah Al-Quran Mujammak Madinah. 

The Noor App-3 Mod Audio Reciter

Penunjuk arah kiblat Serta Lokasi Masjid/Surau Berdekatan

Mempunyai penunjuk arah kiblat dengan pengesanan lokasi serta terdapat fungsi penunjuk lokasi masjid/surau yang berdekatan. Pengesanan lokasi serta arah boleh digunakan melalui Google Maps dan Waze.

The Noor App-Penunjuk Arah Kiblat


Jadual Waktu Solat Interaktif

Dilengkapi dengan jadual waktu solat yang lengkap dan interaktif. The Noor App adalah Apps solat yang terbaik, dilengkapi juga dengan  waktu Imsak, Syuruk dan Dhuha sebagai panduan. 

The Noor App-Jadual Waktu Solat Interaktif


Paparan tarikh Hijrah juga dipaparkan dalam jadual waktu solat dan juga kiraan jam, minit dan saat masuk waktu solat.

3 Mod Azan

Terdapat 3 pilihan audio mod azan dari Akbar Azmi, Sheikh Idris Sulaiman dan Yasin Sulaiman.

The Noor App- 3 Mod Azan

Alhamdulillah, done download melalui Apple Store. Aplikasi Islamik yang sangat berguna, menarik, interaktif, mesra pengguna dan sesuai untuk gaya hidup muslim di zaman sekarang sebagai panduan. 

Ilham terbaik ini sangat bermanfaat untuk semua. Tahniah Neelofa! Terima kasih mewujudkan aplikasi The Noor ni.

Download The Noor App

Usaha yang bagus supaya tak ada lagi timbul isu yang diragui dalam apps yang hangat diperkatakan sebelum ni. Semoga bermanfaat juga untuk semua. 

Untuk pengguna Android, boleh juga gunakan QalbyApp by Mizz Nina. Juga bermanfaat.

App Size : 74.9MB

15 comments:

  1. Ha ah, semalam dah lancarkan..Bagus kan...leh ganti muslimm pro tu ...Terbaikkk...Now tengah draft jugak nak update pasal ni... Moga aplikasi ini terus bermanfaat... Banyak pahala mengalir...

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah. Mudah-mudahan empunya aplikasi terus dilimpahi kemewahan ganjaran pahala.

    ReplyDelete
  3. Nampak mcm bagus apps ni x download lg

    ReplyDelete
  4. Bagus aplikasi nie. Sangat-sangat bermanfaat.

    ReplyDelete
  5. CP dah download tapi belum habis explore lagi.

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah..boleh tukar ke apps Noor nih

    ReplyDelete
  7. amazingnyaa..sbb ada 5 bahasa! good apps betul ni

    ReplyDelete
  8. byk dah pengguna apps tu..viral kat twitter ^_^

    ReplyDelete
  9. Guna pembaca (reciter) al-Quran yang disegani.
    Bagus juga untuk kegunaan diri dan ketika melancong.

    ReplyDelete
  10. Oh, not available untuk android lagi ye. Susah nak cari app percuma yang takde iklan.

    ReplyDelete
  11. Yg bestnya ada playlist surah tu... heart sgt.. all in one

    ReplyDelete
  12. Menarik tapi dekat Google Play belum available..

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.