Januari 2026 | Singgah The Parc Nilai Impian sebelum sampai Seremban. Alang-alang dah limpas Nilai tu kan. Sajalah singgah kejap untuk bergambar di tempat yang banyak cermin ni.
Pertama kali datang The Parc ni tahun 2023 dulu. Tak ada penambahan baru nampaknya. Cermin je lah macam dah lusuh sikit. Dulu masih baru bersinar-sinar rupanya.
Depan cermin besar ni tempat wajib bergambar kalau dah datang sini. Rasanya semua sudut pun menarik untuk ambil gambar.

Posinglah sampai puas hati ye. Semua cermin kita nak bergambar. Percuma je bukan kena bayar pun.


Kami singgah 5 minit macam tu je untuk bergambar. Sebab tak ramai orang. Yang ada tu ambil gambar di sudut lain. Jadi bebas lah kami bergambar di sudut ni.

Yang suka bergambar dan OOTD tu bolehlah datang sini untuk bergambar. Sebelah tu ada taman permainan untuk kanak-kanak.

Disebabkan ada yang berkenan dengan baju saya. Saya sambung update sikit. Baju saya, Kalthum awal kurung dari Bambina. Tapi ni dah habis stock, masa tu mereka keluarkan hanya keluarkan 2 warna iaitu brown dan white.
Saya pilih brown. Material premium linen dan sulamnya berkonsepkan bunga cengkih. Koleksi saya yang ketiga dari bambina. Baju raya tahun 2025 sulamnya bunga.
12 Comments
Cantik baju akak
ReplyDeleteTerima kasih.
DeleteCantik baju Fiza... Berkenan pulak tengok :)
ReplyDeleteTerima kasih kak.
DeleteFirst time LZ tahu tempat ni Pizzah.. Bila-bila nak sini jugalah, dekat dengan rumah. OOTD pun menarik kann..
ReplyDeleteNanti singgahlah kak. Dah dekat dah tu kan. Ya, dapatlah berOOTD kat tempat menarik ni.
DeleteHahahahahhaaha, beda2 pula hasil pantulan cermin tuh yaaa 😅😅.
ReplyDeleteIni kalau orangnya memang suka berfoto pasti happy bisa banyak posing berbagai gaya 😄. Saya nih apalah... Tiap posing, gaya tiang listrik je 🤭🤭. Kaku...
Ya, yang sebelah² tu mengejek kita pulak kan. hahaha...Samalah kita Fanny. Habis idea dah nak posing macam mana.
Deletemenarik betul tempat ni.tak tahu pun kewujudannya...anyway, bj u polka dot ni brand apa? berkenan la plakkkk
ReplyDeleteTempat ni dah lama. Tempat untuk bergambar dan ada taman. Mungkin sebab tak viral kot.
DeleteBrand Bambina.
Baju Fiza cantik!!!! Rasa dikhianati betul bila tengok cermin kiri kanan tak bagi kerjasama macam cermin tengah tu ya! Tapi tempat ni memang menarik sangat, sesuai buat yang kaki OOTD. Walaupun cermin dah nampak lusuh sikit, tapi bila Fiza yang posing, hasil gambar tetap nampak aesthetic. Akak x pernah sampai sini lagi laa...nak pergi la nanti...
ReplyDeleteTerima kasih. Itulah tu, kiri kanan tak bagi kerjasama lansung! hahaha...Nanti boleh pergi kak ajak Dania. Mesti dia pun suka.
Delete