Sekarang tengah musim durian kan. Waktu yang tepat untuk cerita pasal durian. Tapi cerita durian ni bulan Disember yang lepas. Tak pastilah masa tu musim durian ke tak. Musim durian agaknya kot kan. Kalau balik Segamat masa musim durian memang syok.
Kakak saya beli dengan orang kampung yang ada dusunnya sendiri. Dapatlah kami merasa buah durian segar dari dusun. Nak harapkan dusun sendiri memang tak ada. Dulu adalah dusun durian, memang puas makan. Tapi pokok durian dah ditebang dan digantikan pokok getah.
Takpelah, kita lupakan cerita dulu. Petang tu dapatlah kami beli durian untuk kendurian sekeluarga. Harganya saya tak tahu sebab bukan saya yang beli. Saya makan sikit buat rasa-rasa je. Silalah percaya ye.


Saya tak pasti durian apa ni. Yang penting sedap ya amat! Masih segar baru lepas gugur. Dalam banyak-banyak jenis durian, durian udang merah paling saya suka. Selain tu durian IOI, durian kahwin dan durian kampung pun sedap.
Musang king dan black thorn kurang gemar. Mujur juga tak suka durian mahal-mahal ni kan. Jimat duit. hihi...
Sekarang tengah musim durian tapi saya belum sempat merasa lagi. Mungkin rasa teringin makan durian tu belum sampai. Harga durian pun katanya dah murah-murah. Entah betul entah tidak. Kadang ada je yang masih jual mahal.
0 Comments