Sejak asyik ke KPJ je, tak sah kalau tak singgah ke Kedai Kopi Cengkih. Boleh dikatakan kedai makan favourite lah di sini. Ada juga beberapa kali singgah menu makanan dah habis. Ikut nasiblah. Kalau ada rezeki, ada. Kalau tidak, tak adalah.
Lepas jumpa doktor, sebelum balik singgah nak membeli makanan tengahari. Malas nak menyinggah kedai lain. Alang-alang dah ada kat dalam KPJ ni, kita beli kat sini je lah.



Nasi lemak bungkus sedap dengan aroma daun pisang dan sambal pun sedap. Tak ingat dah pedas ke tidak ek. Dah lama cerita ni, bulan Disember haritu. Mana nak ingat dah tentang rasa. Yang pastinya sedap.


Lepas jumpa doktor, sebelum balik singgah nak membeli makanan tengahari. Malas nak menyinggah kedai lain. Alang-alang dah ada kat dalam KPJ ni, kita beli kat sini je lah.

Interior design Kedai Kopi Cengkih gaya kedai kopi kopitiam. Suka tengok gabungan warna hijau dan coklat. Meja dengan jarak yang selesa dan lebih privacy. Boleh tenang-tenang je makan di sini. Saya tak pernah lagi dine in. Biasa beli bungkus je.

Tengok macam banyak lagi. Mungkin sebab awal lagi kami datang. Alhamdulillah...Rezeki kami. Nasi lemak bungkus ni terpaling laris. Kadang kecewa datang tengok rak kosong.

Nasi lemak bungkus sedap dengan aroma daun pisang dan sambal pun sedap. Tak ingat dah pedas ke tidak ek. Dah lama cerita ni, bulan Disember haritu. Mana nak ingat dah tentang rasa. Yang pastinya sedap.

Hasil persinggahan kami, dapatlah beli nasi lemak bungkus, mi kari dan soto. Soto dan mi kari dah kali kedua beli. Masa sebelum second surgery haritu sempat jugalah makan mihun goreng dan jamah soto sikit.
Yang penting semua menu ni, rasa tu kena dengan tekak saya dan encik suami. Itu yang ulang membeli. Mungkin juga kena dengan selera orang lain. Sebab macam selalu cepat habis je.

Alhamdulillah. Allah bagi nikmat rasa makanan yang sedap-sedap. Janji temu bulan ni dapatlah membeli lagi kalau ada rezeki. Berdebar-debar nak jumpa doktor medical ni. Doktor mata bulan November nanti.
Kalau semata-mata nak membeli makanan, memang tidaklah kami ke KPJ nun. Ada urusan barulah singgah sekali. Alang-alang kannn...
0 Comments