Selesai urusan sijil kematian mak. Balik rumah mengemas pula sementara belum balik ke rumah masing-masing. Ye lah, lepas ni siapa yang masih tinggal tak ramai dah. Jadi mana yang ada kita bergotong royong dulu lah. Apa yang penting, kerjasama!

Malam tu tahlil kedua untuk arwah mak. Tahlil pertama masa di kubur. Tahlil ketiga malam esoknya saya tak ada sebab dah balik rumah. Mana yang ada je lah meneruskan urusan yang masih berbaki.

Untuk malam kenduri tahlil, kami tak masak. Buat pesanan makanan dari peniaga je. Masing-masing dah penat dan ada yang dari jauh. Jadi, kita mudahkan juga urusan kita. Peniaga pun bermurah hati juga sedekah kan satu hidangan lauk buat tambah-tambah. 

Hidangan nasi beriani dengan ayam beriani ke masak merah entah. Lupa dah! Peniaga yang juga kenalan/ saudara bagi lauk kambing. Tak dilupakan acar jelatah. 

menu hidangan kenduri majlis tahlil

Kami tambah buah-buahan dan kuih muih kakak ipar bawa kalau tak silap. Banyak betul benda lupa sebab dah lama kan, Disember 2025 6 bulan lebih berlalu pergi. Itu je lah hidangan ringkas untuk tetamu.

menu hidangan kenduri majlis tahlil

Alhamdulillah, Allah permudah segala urusan kami sekeluarga. Terima kasih semua semua yang membantu keluarga kami dari awal sampailah selesai semuanya. Terima kasih yang mendoakan yang baik-baik. Semoga Allah membalas dengan segala kebaikan. Aamiin...