Disember 2025 | Maaf, saya masih stuck tahun 2025. Banyak cerita terbengkalai yang belum masuk blog lagi. Lama sangat menyepi kan. Begitulah jadinya. Walaupun dah basi tak berbau, tetaplah nak masuk blog juga buat simpan cerita.

Rasa macam dah lama tak makan nasi minyak. Bila ada jemputan kenduri kahwin ni, kita apa lagi. Tak sabarlah nak datang ke majlis. Majlis ni kena pergi sebab kedua-duanya kawan kerja Encik Suami dan majlis ni diadakan sebelah pihak pengantin perempuan.

Majlis Kahwin di Tampin

Dari Seremban kita ikut Rembau. Walaupun senegeri tapi jauh tu boleh tahan juga. Mungkin sebab jarang ke Tampin, itu yang rasa macam jauh tu kot. Nampak banner ni rasa legalah sikit dah sampai ke destinasi.

Majlis Kahwin di Tampin

Sesampai je di majlis, pengantin tengah makan. Jadi, kita makan dululah dengan geng-geng Encik Suami yang dah sampai dulu. Bila sesi bergambar barulah dapat ambil gambar pengantin. Cantik baju pengantin.

Bijak pilih warna contra dengan tema pelamin. Barulah nampak pengantin. Plus, warna beige ni sesuai sangat dengan bunga tema maroon tu. Itu pada pendapat sayalah.

Majlis Kahwin di Tampin

Alhamdulillah..tahniah buat pengantin. Semoga terus berbahagia sampai syurga bersama. Terima kasih menjemput kami suami isteri ke majlis kalian. 

Saya tak OOTD, tak bergambar dengan pengantin, tak ambil gambar makanan, tak ambil gambar doorgift. Tak tahu kenapa haritu rasa berat tulang nak ambil gambar. Kadang macam tu agaknya kan. Padahal kita ni suka je ambil gambar. Mungkin tak ada mood juga masa tu. Sedih belum susut.