Mei 2026 | Kami teruskan perjalanan menuju ke Teluk Dalam Lookout Point dari Tangga viral Teluk Nipah tadi. Kami nampak dari jauh jeti ni masa dalam perjalanan. Jadi, kami singgah lah ni tengok apa yang ada.

Ada beberapa pelancong juga disini baru sampai dengan menaiki motor macam kami. Mereka juga hanya melihat dari jauh sana. Kelihatan nelayan dan penduduk lokal berada di jeti. Kami tak pergi ke jeti tu. Hanya sekadar berhenti dan tidak turun dari motor.

Jeti ni dulu milik resort mewah pusat peranginan di sini, sejak ditutup tidak beroperasi baru dibuka kepada orang awam. Itu apa yang saya baca lah semasa mencari info tentang jeti ni.

Teluk Dalam Lookout Point Dan Abandoned Ship

Rasa malas pula nak turun masa ni. Depan motor ada anjung tinjau juga tapi kami tak pergi ke situ. Nak turun dari motor pun malas, inikan naik atas anjung tinjau tu. Berhenti di bawah pokok sajalah. Panas uiii...

Masa ni pukul 11.32pagi hampir ke tengah hari. Matahari pacak atas kepala dah. Muka pun dah merah-merah. Confirm sunburn teruk lah ni. Confirm!

Teluk Dalam Lookout Point Dan Abandoned Ship

Di Teluk Dalam Lookout Point terlihat ada abandoned ship. Dari carian google, kapal lama ini adalah Kapal Sea Otter yang sebelum dikenali dengan nama Puteri Mahsuri milik Kumpulan Halim Mazmin. Boleh baca kisahnya dalam link yang saya kongsikan tu.

Teluk Dalam Lookout Point Dan Abandoned Ship

Tak sampai 5 minit pun kami berhenti di sini. Marilah kita menuju ke destinasi seterusnya. Ayuh!

Berasmbung...