Mac 2026 | Balik derma darah terus pergi ke Switch di AEON Seremban 2. Encik Suami dah nak pick up apple watch dia yang dah order online. Alang-alang tu nak beli iPad Air dan Pencil Pro juga untuk saya. Kira hadiah birthday yang tertangguh jugalah ni.



Encik Suami beli apple watch series 11 42mm warna Jet Black melalui apps AIA. Siapa membership AIA yang ambil AIA+ Vitality tu boleh beli via apps. Dapat diskaun dan juga cashback.
Cashback tu cara nak dapatkan dia kena buat weekly challenge lah tapi. Kumpul point dengan cara bersenam, tak kisah senaman apapun. Cukup point seminggu tu dapatlah cashback. RM10 seminggu. Kalau tak buat, tak dapatlah.
Tempoh cashback dia 2 tahun je. Macam saya sebelum ni beli apple watch SE dapat kumpul RM500 je separuh daripada cashback. Tak bersenam cukupkan point dan cuti sebab operation. Tempoh cashback pun dah tamat.
Kiranya berbaloi sangat beli via apps AIA jika ada ambil insuran AIA. Jangan lupa lepas beli kena link kan apple watch dan handphone. Baru boleh kumpul point. Gambar jam tak ada sebab Encik Suami terus pakai. Lepas tu malas dah nak ambil gambar.
Alang-alang dah ada kat Switch, beli juga iPad Air 11-inch (M4) warna starlight. iPad Air lama tahun 2014 tu dah habis limit nak update iOS. Dah makin tak boleh adapt dengan apps baru.
Ye lah dah berapa lama pula kan. 2014-2026. Masih berfungsi dengan elok cuma ada beberapa apps tak boleh nak pergi jauh dah.
Jadi, belilah iPad Air baru. Ikutkan nak iPad Pro tapi bajet kurang. Kita beli mana yang mengikut bajet je lah ye. Design iPad Air baru ni agak petak sikit curve dia, lebih design bentuk lama. Tapi warna starlight pun menarik juga. Ada warna space grey, purple, blue dan starlight.

Beli sekali Pencil Pro, senanglah kita nak menconteng-conteng ke melukis ke atau tulis nota. Dah lama simpan hasrat nak ada apple pencil satu. Alhamdulillah akhirnya dapat juga.
Sekali beli casing siap-siap di Switch. Kebetulan casing tu warna dusty soft pink dan tinggal satu je. Rezeki sayalah hari tu. Total hangus RM4k lebih jugalah campur apple care, casing dan beli adapter juga.
Sekali beli casing siap-siap di Switch. Kebetulan casing tu warna dusty soft pink dan tinggal satu je. Rezeki sayalah hari tu. Total hangus RM4k lebih jugalah campur apple care, casing dan beli adapter juga.
22 Comments
ada juga insurans AIA ni...tapi amik yang murah2 je...ada donlod apps, tapi tak tau nak buat apa.. hahaha
ReplyDeleteBoleh subscibe AIA+ Vitality tu RM10 sebulan kalau tak silap masa mula² join. Buat weekly challenge nanti kumpul point dapatlah RM10 seminggu macam tu. Nanti boleh explore.
DeleteKita ni x pandai guna ipad. .. b4 ni ada try ipad mini dl haha igt nak guna utk keje² opis .. tp kelaut... sudahnya jadi mainan uyum dan abang²... now jadi hak.milik abin la
ReplyDeleteKena biasakan guna baru terbiasa gitu. Takpelah, dapat jugalah mereka guna. Kan Nina? hihi...
DeleteSis pun baru juga beli ipadPRO11 dan apple watch SE.. hadiah harijadi juga tahun lepas tapi ipad 2 tahun lepas .. rasa berbaloi beli kann.. ipad tu banyak buat Sis kelas on9 tadabbur
ReplyDeleteWah best tu ada iPad Pro. Ya, sangat berbaloi untuk jangka masa panjang. Beli pun sebab yang lama dah terlalu lama dah, 12 tahun.
Deletekat rumah ni, my ariff la pakai ipad..utk study. beli last year tapi yg versi below RM2k tu jer...memang beli jugak pen dia tu heheh
ReplyDeleteOkay je kalau specs tu bersesuaian dengan keperluan kita. Ada pen tu lagi bersemangat nak guna iPad kononnya kan. hihihi...
DeleteBest nya dapat gajet baru hehe
ReplyDeleteAlhamdulillah...
DeleteWha! Lepas ni semakin banyak lah maha karya yang terhasil...
ReplyDeleteTakdelah uncle. Kita tulis menulis je. Nak berkarya tu idok ler pandai.
DeleteSaya nih dah niat beli tablet, tp android lah, sebab memang tak pakai Apple brand nih 😅. Cuma nak beli tablet hanya untuk nonton Drakor dan update blog jika traveling 😄. Krn selama ini saya selalu off update tulisan jika traveling. Krn laptop tak pernah bawa. Tak suka update di hp, Krn banyak foto yg hrs disusun. Makanya lebih suka kalau ada tablet
ReplyDeleteTablet pun leceh suka Fanny untuk blogging. Lebih suka update pakai laptop atau desktop. Lagi mudah dan lancar kerjanya.
DeleteBerbaloi sangat pelaburan gadget kali ni untuk guna jangka masa panjang. Lengkap terus pakej siap Pencil Pro dengan Apple Care. Semoga iPad baru ni makin memudahkan urusan harian & update blog nanti
ReplyDeleteBetul, berbaloi untuk jangka masa panjang. Guna untuk edit gambar je macam tu. Jarang guna untuk blogging sebab rasa macam tak puas je. Kena guna laptop atau desktop juga untuk blogging baru best. hihi...
Deleteharitu masa belikan kyra tablet dia bisik2 "kalau ipad tak boleh ke?" hahahahha... no no anakku. Ipad nanti awak dah kerja awak simpanlah duit beli sendiri.
ReplyDeleteHihi..betul betul. Nanti dah kerja boleh beli sendiri.
Deleteeh jap...lupa pulak. Ammi pun subscribe insurance AIA tapi entahlah ada + vitality tu ke tidak. tak tau pun pasal boleh dapat cashback ni. Auchhhh what a waste.
ReplyDeleteKena add on subscribe AIA+vitality tu Ammi. Bukan setakat cashback je, dapat juga diskaun kalau beli sayur, buah dan healthy food kat Jaya Grocer.
DeleteSeronok dapat mainan bari untuk harijadi.
ReplyDeleteSelamat menggunakan. Bagusnya boleh guna lama.
Alhamdulillah. Berbaloi untuk jangka masa panjang.
Delete