Januari 2025 | Kakak saya nak buat Majlis tahlil untuk arwah bapa mentuanya yang baru meninggal pada 6 Jun 2025. Buat sekali tahlil untuk ahli keluarga kami, keluarga abang ipar termasuk bapa mentua saya yang telah meninggal dunia.
Kakak minta saya sediakan doorgift untuk pelajar tahfiz perempuan sebab kami jemput mereka datang ke rumah untuk majlis tahlil ni. Kaka kata bagi handsock lah. Nak bagi makanan, mereka semua tak boleh makan sembarangan. Kena jaga makan.
Jadi, kita bagi sesuatu yang mereka selalu gunakan iaitu handsock. Saya beli borong di Mydin je, banyak pilihan dan harga berpatutan. Lagipun kami buat tak banyak mana pun. 72 termasuk extra sekali dengan Usztazah.
Handsock kami lipat dan masukkan dalam plastik arnab yang comel ni. Saya buat tag sekali dan ikat riben warna merah jambu kena dengan tema arnab tu.



Kek marble cantik yang lembut dan sedap. Tak manis leting. Beli 50pcs je buat tambah-tambah untuk tetamu yang datang. Kakak saya pun tak jemput ramai. Pelajar tahfiz, saudara mara dan jiran kampung terdekat je.
Handsock kami lipat dan masukkan dalam plastik arnab yang comel ni. Saya buat tag sekali dan ikat riben warna merah jambu kena dengan tema arnab tu.

Fuhh..lega semuanya. Nampak sikit tapi makan masa jugalah nak membuatnya sorang-sorang. Bab-bab macam ni boleh serahkan pada saya. Bab masak, jangan cari saya. hihi...

Untuk tetamu yang lain, saudara mara dan jiran kami bagi kek marble mini saiz M 5.7cm x 6.7cm. Saya buat tempahan pada the mikka bakery. Saya dah biasa beli kek marble kat kedai dia dan sedap. Why not kita sampaikan kesedapan tu untuk tetamu juga.
Dari Seremban saya bawa sampai ke Sabak Bernam nun. Kek marble ni jenis kek yang tahan lasak juga dan tak mudah rosak kalau simpan elok. Malam sebelum majlis saya pickup kek dan esoknya baru bawa ke Sabak Bernam.

Alhamdulillah. Selesai tugas saya menyediakan doorgift untuk majlis tahlil.
0 Comments