Januari 2026 | Alhamdulillah, selesai majlis tahlil. Lepas solat asar terus gerak hantar anak buah balik asrama alang-alang sehaluan. Kemudian barulah kami berdua gerak terus check in Hotel Royal Park UNITEN Bangi. 

Sebab esoknya Encik Suami nak hantar maknya janji temu di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pula. Jadi, lebih baik stay di hotel berdekatan tak perlu balik ke Seremban. 

Dapat jugalah berehat, esok awal pagi nak pergi kerja pula kan. Pilihan yang tepat untuk berehat di sini je. Lagipun dekat dengan tempat kerja Encik Suami. 

Pilih hotel ni sebab baca dari blog kak SK reviews lah. Sebelum ni rasa was-was juga nak stay sini. Risau tak okay. Kalau tidak, stay Putrajaya je lah kita. Check in pukul 10.00 malam. Dah terlewat banyak. 

Rugi kalau tak check in awal. Tapi apa nak buat, kita melalui perjalanan yang jauh walaupun senegeri je tempatnya. Kak SK confused Bangi ke Kajang. Kita pun ikut confused sama. Tak payahlah kita fikirkan lagi ek. Biarlah dia nak duduk Bangi ke Kajang. Hihi...

Check in Hotel Royal Park UNITEN Bangi reviews

Pertama kali menginap hotel dalam universiti. Lobby dia luas betul. Terasa rasa jauh pula nak ke receiptionist tu. 

Check in Hotel Royal Park UNITEN Bangi reviews

Tak lama urusan check, jomlah kita naik ke bilik. Dalam lif ada cermin, apa tunggu lagi. Kepantangan seorang Fiza bila nampak cermin. Nak ambil gambar.

Check in Hotel Royal Park UNITEN Bangi reviews

Laluan ke bilik-bilik. Senyap sunyi. Orang lain dah berehat santai agaknya. Tadi parkir pun macam penuh. Kita pun parkir jauh sikit.

Check in Hotel Royal Park UNITEN Bangi reviews

Serba putih bilik ni. Saya suka bilik serba putih ni. Rasa luas dan selesa. Tenang je. Masuk-masuk je sebelah kiri ada tempat letak barang dan rak kasut. 

Check in Hotel Royal Park UNITEN Bangi reviews

Wardrobe besar sambung dengan meja. Lengkap tersedia hanger, iron, iron board, peti besi dan macam-macam lagi lah.

Check in Hotel Royal Park UNITEN Bangi reviews

Tersedia juga untuk mengopi. Tapi macam biasa, kami tak mengopi. Bawa bekal kopi siap-siap beli. Mirror bulat yang besar. Tapi macam susah juga kalau nak bermakeup. Kena kedepan sikit baru jelas. Selagi jumpa cermin, kita bergambar dulu.

Check in Hotel Royal Park UNITEN Bangi reviews

Kami booking jenis bilik deluxe double dengan lake view included breakfast. Macam biasa request high level and the best lake view.

Check in Hotel Royal Park UNITEN Bangi reviews


Check in Hotel Royal Park UNITEN Bangi reviews
POV dari dalam bilik 

Sebelah kanan pintu masuk, bilik air dan tandas berasingan. Tersedia kelengkapan untuk bersihkan diri. Bilik air luas dan bersih.

Check in Hotel Royal Park UNITEN Bangi reviews
Check in Hotel Royal Park UNITEN Bangi reviews
toiletries



Check in Hotel Royal Park UNITEN Bangi reviews


Check in Hotel Royal Park UNITEN Bangi reviews

Permandangan luar pula nampak Masjid Uniten tepi tasik tu. Tasik tak nampaklah sebab gelap. Esok pagi je lah kita tengok permandangan tasik. 

Check in Hotel Royal Park UNITEN Bangi

Malam tu tidur lena. Sebab penat. Katil dan tilam pun berpakat sama gebu lenakan tidur kami. Selesa nau nau. Malam pun sunyi je dan rasa tenang je sebab jauh dari kesibukan bandar ataupun lalulintas jalan. Dalam Uni, malam-malam sunyi le. 

Harga 1 malam pun berpatutan. Rasa sangat berbaloi-baloi harga dengan biliknya. Tak menyesal pilih Royal Park Hotel ni.