Mei 2026 | Masih ada masa lebih kurang 1 jam lebih lagi je di Pulau Pangkor. Kami teruskan perjalanan dari Teluk Dalam Lookout Point ke Masjid Al Khairiyah atau lebih dikenali dengan Masjid 1000 doa. Juga dikenali dengan Masjid Cina di Pulau Pangkor.

Uniknya Masjid ini menampilkan seni bina tradisional dari negara China yang menggabungkan motif Oriental dan unsur ketimuran negara itu sendiri. Pada setiap dindingnya dipenuhi dengan ukiran dan tulisan doa-doa dari Al-Qur'an dan hadith. 

Asalnya struktur kayu tapi kemudian di bina semula dengan struktur batu-bata dan kini menjadi tarikan utama di Pulau Pangkor.

Itu secara ringkasnya tentang masjid ni.

Masjid Al Khairiyah @ Masjid 1000 Doa

Boleh baca juga maklumat yang dipamerkan. Kami tak masuk ke dalam masjid. Hanya ambil gambar dari luar dan tak turun dari motor pun. Kalau masuk dalam masjid, dapatlah tengok keindahan seni bina dalam masjid.

Kami tak cukup masa nak explore setiap tempat. Semua kejap-kejap je, touch n go gitu kaedahnya.

Masjid Al Khairiyah @ Masjid 1000 Doa

Kemana kami selepas ini? Jom sambung jalan lagi.

Bersambung...