Februari 2026 | Usai solat Maghrib dan bersiap-siap untuk keluar. Okay, tema warna kuning, krim dan beige. Kalau ambil gambar malam nampak cerah lah sikit kan kononnya.

Jalan Jalan di Kuala Lumpur Jem Sana Sini

Kami bercandang nak makan nasi lemak wanjo kampung bharu. Tapi terpaksa patahkan hasrat tu sebabnya jem. Nak masuk situ pun beratur kenderaan. Kami keluar dari hotel pun dah jem hampir 15 minit.

Jalan Jalan di Kuala Lumpur Jem Sana Sini

Jomlah kita ke Petronas Twin Tower pula. Sesekali lepak kat situ macam best juga. Kali kedua dikecewakan sebabnya ramai nau umat manusia. Bila dah ramai confirmlah tak ada parkir. Malas nak menapak jauh.

Jalan Jalan di Kuala Lumpur Jem Sana Sini

Lepas tu nak pergi Saloma Bridge, ramai juga orang dan parkir penuh. Maka, baliklah semula ke hotel. Makanan pun tak dapat beli sebab tak ada parkir. Nak makan bungkus je pun tak jumpa parkir kosong. Penat berpusing sana-sini. Habis masa cari parkir je lah.

Sudahnya dalam perjalanan balik ke hotel. Kami beli je makanan by Grabfood. Nanti sampai hotel taklah menunggu lama lagi. Saya tak ingat dah beli apa masa tu. Tak lama masuk bilik, rider Grabfood dah sampai bawah.

Makan makan dekat nak lewat malam jugalah. Gara-gara jem, semua perancangan tak menjadi. Begitulah Kuala Lumpur di malam minggu. Next time kena menginap di hotel dekat-dekat Petronas Twin Tower tu senang jalan kaki je.

Jalan Jalan di Kuala Lumpur Jem Sana Sini

Lepas makan layan permandangan luar bilik. Masih meriah dengan cahaya lampu sana-sini. Kedua-dua menara meriah dengan warna merah, biru, kuning dan putih.

Jalan Jalan di Kuala Lumpur Jem Sana Sini

Selepas jam 12 tengah malam, tutup sudah lampu di menara. Kita pun tutup langsir. Masa untuk berehat. Cantik permandangan luar waktu malam dari bilik Junior Suit Tamu Hotel & Resort Kuala Lumpur ni.

Jalan Jalan di Kuala Lumpur Jem Sana Sini

Sesekali kita berpeluang melihat permandangan dari aras atas. Pintu gerbang Kampung Bharu pun dah lengang. Jalan pun dah sunyi sikit. Nampak macam dekat. Kalau awal-awal tadi jalan kaki ke sana, dapatlah makan nasi lemak wanjo. Tapi apa nak buat dah terlepas pun. Adalah hikmahnya tu.