Mei 2026 | Dari Masjid 1000 doa, kami menuju ke Pantai Pasir Bogak pula. Kami pusing 1 kali lagi Pulau Pangkor sebab masih ada masa lagi. Lepas tu nak cari tempat makan sekitarnya. Nak makan ikan bakar.
Kami sampai sini pukul 12.00 tengah hari tepat. Ada masa lagi 1 jam lebih lagi. Kami nak pulangkan motor awal sikit sebab nak shopping sikit lepas tu.
Cantik ye laluan ke Pantai Pasir Bogak. ada stall di tepi laluan tu tapi banyak tutup. Mungkin sebab hari yang kami pergi tu hari Isnin, jadi tak ramai orang dan banyak kedai tutup. Weekend meriah lah kot.

Ada tugu Pasir Bogak berdekatan dengan pantai. Eh, ada burung enggang juga. Kalau nak tahu burung enggang juga merupakan haiwan popular yang menjadi tarikan di Pulau Pangkor.
Tapi kami tak berkesempatan nak pergi Pangkor Hornbill Feeding Spot tu. Bagi makan dan bergambar dengan burung enggang.

Pantai Pasir Bogak ni pantai yang popular di Pulau Pangkor. Ramai pengunjung datang ke sini. Mana tidaknya. melihat dari kejauhan pun dah jatuh cinta dengan air laut yang cantik tu.

Di pulau sana nampak macam ada resort. Mesti best kalau menginap di situ kan. Boleh layan permandangan cantik sepanjang menginap di situ. Tak pernah jemu tengok laut. Rasa tenang gitu.

Kami sampai sini pukul 12.00 tengah hari tepat. Ada masa lagi 1 jam lebih lagi. Kami nak pulangkan motor awal sikit sebab nak shopping sikit lepas tu.
Cantik ye laluan ke Pantai Pasir Bogak. ada stall di tepi laluan tu tapi banyak tutup. Mungkin sebab hari yang kami pergi tu hari Isnin, jadi tak ramai orang dan banyak kedai tutup. Weekend meriah lah kot.

Ada tugu Pasir Bogak berdekatan dengan pantai. Eh, ada burung enggang juga. Kalau nak tahu burung enggang juga merupakan haiwan popular yang menjadi tarikan di Pulau Pangkor.

Pantai Pasir Bogak ni pantai yang popular di Pulau Pangkor. Ramai pengunjung datang ke sini. Mana tidaknya. melihat dari kejauhan pun dah jatuh cinta dengan air laut yang cantik tu.

Di pulau sana nampak macam ada resort. Mesti best kalau menginap di situ kan. Boleh layan permandangan cantik sepanjang menginap di situ. Tak pernah jemu tengok laut. Rasa tenang gitu.

Di tepi pantai Pasir Bogak ni ada kanopi juga. Tak pastilah tempat apa. Kami tak turun ke pantai pun. Hanya melihat dari tepi jalan. Malas nak turun dari motor pun ye. Makanya, ambil gambar sajalah dari kejauhan.
Di tepi pantai ni redup je sebab ada pokok ketapang. Sesuai sangatlah kalau berkelah ke bersantai di tepi pantai ni. Taklah rentung kena panahan cahaya matahari. Tapi saya rasa saya dah macam nak rentung dah sebab dah beberapa jam ni naik motor di tengah panas.
Tak lama disini, kami pun berlalu pergi.
Bersambung
0 Comments