Kalau dah namanya rezeki kita, tak kemana perginya kan. Begitulah ceritanya rezeki saya dinobatkan sebagai top komentator blog CCL bulan November 2025. Kita pun tak sangka terpilih sebab masa tu pun dah perlahan-lahan senyap dari dunia blog.

Hadiah ni dah selamat sampai pada bulan Disember 2025. Tahu-tahu hadiah sampai je masa tu. Blogger Lyana a.k.a CCL ada inform juga di email. Apa yang saya dapat adalah sebuah kipas tangan elektrik. 

Eh, macam tahu-tahu je saya nak beli kipas ni. Saya ni dah bermacam-macam jenis kipas portable dah beli. Yang sangkut di leher, yang gantung di leher guna lanyard tu, yang kena pegang. Semua jenis ada. Kebetulan pula dapat jenis yang saya memang nak beli. Rezeki sungguh.

Yelah, masa tu tengah musim panas. Kipas ni boleh dikatakan satu keperluan benda wajib ada kalau buat aktiviti luar. Dapat juga mengurangkan rasa panas. 

Dahlah kita ni puteri lilin. Allergic panas. Bukan mengada-ngada tapi realitinya kita kena hadap. Muka jadi merah-merah dan gatal. Selain panas, haba, habuk pun tak boleh.

Hadiah Dari Blogger CCL kipas portable elektrik

High speed fan warna putih pilihan Lyana untuk saya. Sejenis kipas yang ringkas dan banyak pilihan kelajuan kipas. Ada 3 pilihan jenis kelajuan.

Hadiah Dari Blogger CCL kipas elektrik portable

Ketahanan bateri pun tahan lama kalau menggunakan mod perlahan. Kalau guna mood laju cepat jugalah habis baterinya. Tak silap saya pernah guna 2 jam lamanya untuk mod laju.

Hadiah Dari Blogger CCL kipas elektrik portable

Selalu berguna untuk aktiviti luar. Ni kalau tak ada elektrik kat rumah pun boleh guna. Standby siap-siap charge full baterry. 

Terima kasih blogger Lyana sentiasa bermurah hati berkongsi dengan blogger-blogger lain. Setiap bulan ada je pemenang yang terpilih. Jomlah beramah mesra dengan blogger Lyana. Jangan lupa tinggalkan sepatah dua kata di blog cikcappuccinolatte.

Semoga dilimpahi rezeki berpanjangan dengan segala keberkatan dan Allah permudah segala urusan Lyana. Aamiin...