Disember 2025 | Dalam perjalanan balik dari Kuala Lumpur, kami singgah makan tengah hari di Rumah Putih Seremban. Sebenarnya dah lama teringin nak makan kat sini. Dekat je dari rumah tapi itulah, yang dekat tu juga lambat nak sampainya.
Itu yang bertangguh-tangguh. Alang-alang Encik Suami dah cuti weekday ni, jomlah kita! Nak pergi weekend confirm ramai orang datang dari pelusuk negeri sebab Rumah Putih ni salah satu tempat makan sedap di Seremban.



Kalau nak rasa betul-betul rasa suasana kampung, bolehlah masuk dalam rumah duduk bersila. Kami malas nak buka kasut dan bersila bagai. Duduk luar je sudah. Di ruang sebelah sana tu ada ruang makan berbumbung. Kalau hujan tu lagi selamat duduk ruang berbumbung tu dekat dengan kaunter.

Fuhhh air sirap selasih dia menggoda tekak betul. Sejuk tekak minum air panas tengah cuaca panas ni. Kalau nampak di bulan puasa ni betul-betul cobaan.

Ikan siakap goreng berlada ni kedua-duanya sedap ikut selera saya. Daging salai masak lemak cili api ni pun sedap. Encik Suami orang Nismilan pun approved.


Next time kalau rasa nak makan masakan kampung, bolehlah datang ke sini lagi. Lepas makan jangan lupa bayar di kaunter ye. Scan QR tadi tak ada proceed untuk payment.

Itu yang bertangguh-tangguh. Alang-alang Encik Suami dah cuti weekday ni, jomlah kita! Nak pergi weekend confirm ramai orang datang dari pelusuk negeri sebab Rumah Putih ni salah satu tempat makan sedap di Seremban.

Masa kami sampai tak ramai orang dah sebab dah lepas peak hour waktu makan tengah hari. Kami pilih duduk di luar je bawah payung.

Halaman tepi Rumah Putih yang cukup luas, tepi dan belakang tu rupanya ada kawasan parkir. Kita dok parkir tepi jalan je.


Buat pesanan scan QR di meja. Kami pilih pakej set je. Malas nak fikir-fikir ala carte. Dalam set yang kami pilih ada air sirap selasih, 2 pinggan nasi, telur dadar, bayam tumis, ikan siakap goreng berlada, daging salai masak lemak cili api,
Fuhhh air sirap selasih dia menggoda tekak betul. Sejuk tekak minum air panas tengah cuaca panas ni. Kalau nampak di bulan puasa ni betul-betul cobaan.

![]() |
| Telur dadar |
![]() |
| bayam tumis |
![]() |
| ikan siakap goreng berlada |
Ikan siakap goreng berlada ni kedua-duanya sedap ikut selera saya. Daging salai masak lemak cili api ni pun sedap. Encik Suami orang Nismilan pun approved.
Cuma kena pedas lagi sikit lagi kick masak lemak cili api dia. Sedap rasa smokey, lemak santan, masam asam dan pedas tu. Rasa tak cukup semangkuk kongsi berdua. Kuah pun licin.

Agak penuh meja jugalah pilih set ni makan berdua. Saya lupalah pesan set apa dan berapa harganya semua ni. Benda dah lama tahun lepas, lupa sudah. Tapi yang pakej ni memang untuk hidangan dua orang. Berbaloilah pilih pakej ni.

Next time kalau rasa nak makan masakan kampung, bolehlah datang ke sini lagi. Lepas makan jangan lupa bayar di kaunter ye. Scan QR tadi tak ada proceed untuk payment.

Oh ye sebelum terlupa, makan berjambar tu maksudnya makan berhidang dalam dulang. Kiranya set yang saya pesan tadi tu dihidang dalam dulang klasik tu. Nak lagi feel kampung, kalau hidang dalam pinggan legend bunga kangkung ke kan lagi nampak macam kena dengan tema.



14 Comments
sukanya konsep kedai makan lauk kampung camni. kalau dihidang dalam dulang lagilah kena dengan temanya kan.
ReplyDeleteyang penting makanan semua sedap2!
Makanan lauk kampung tak pernah mengecewakan tekak kita kan. Betul tu, yang penting sedap. Boleh datang lagi.
DeleteHaaaa... tu dia... bila Fizah dan menulis.. tak terkejar entry nya.. akak baca latest dulu hehe
ReplyDeleteTelan ayaq liur nengok sirap selasih tu 😁
Hihi..tak sempat nak tarik hand brake. Jalan terus je ni. ayaq sirap selasih ni kalau tengok masa bulan puasa lagi telan ayaq liuq. huhu...
DeleteBerjambar tu loghat mana ya? Bukan Nismilan kan.
ReplyDeleteMenarik konsep tempat makan ni, jadi teringin nak pergi. Lagi pulak Fiza kata sedap 😋
Saya pun tak pasti kak. Mungkin Minang. Ke? Konsepnya sangat menarik. Itu yang buat orang tertarik nak datang. Nanti balik Nismilan boleh cuba sekali kak.
DeleteBetul fiza, kalau makan dlm pinggan bunga kangkung tu lagiiiiii nostalgia.
ReplyDeleteTq bagi tahun makan berjambar tu. First time dengar :)
Kannn..yang tu tersangatlah ngam ikut tema. Sama-sama kak.
DeleteSuka la konsep kedai macam ni. Menu pun nampak menyelerakan.
ReplyDeleteKonsep dan menu yang ada tu yang buat orang tertarik. Kalau datang Seremban boleh cuba makan kat sini.
Deletememang spacious la tmpt ni...lauk2 pun nampak sedap tu
ReplyDeleteYa, luas dan selesa. Lauk pun ngam kena dengan selera.
Deletebelum pernah cuba lagi makan kat sini. selalu makan kat kedai oppositenya tu.. apa namanya Warisan Selera ke apa namanya. Masalahnya banyak kedai-kedai kat Seremban ni suka betul tutup hari Jumaat...dorang ni taktau ke ammi WFH hari Jumaat? Nak pergi weekend confirm ramai orang.
ReplyDeleteSelera Warisan kot. Ke Selera Warisan Negeri. Lupa dah. Pernah juga tapau kat situ, macam agak pricey sikit rasanya. Tapi rasa tu okay jugalah. Itulah tu, kecewa kalau kita nak makan kedai tu tutup.
Delete