Mei 2026 | Nampak Bambina ada keluarkan baju baru lagi iaitu Kalthum Merona series untuk Hari Raya Aidiladha. Kita pun tak lepaskan peluang lah beli sepasang. Kena grab awal, kalau tidak melepas. Rezeki saya dapatlah grab warna mocha.

Ada 3 warna iaitu mocha, white dan ruby. Sebenarnya nak warna ruby tu. Cantik macam maroon merah gitu. Tapi dah habis. Cepat betul korang membeli ye. Takpelah, saya beli warna mocha pun boleh.

Bungkusan baju dalam beg kain linen macam sampul surat. Suka beli baju dari Bambina ni. Design exclusive, material pun best. Ini koleksi kelima baju kurung Kalthum.

Beli Baju Kurung Kalthum Merona Bambina 
Warna mocha, dark chocolate dengan polka dot warna putih ke krim entah ek. Material lebih kurang macam Bambina awal kurung yang saya beli awal tahun haritu. Polka dot yang ni agak besar sikit. Dia macam warna sama, switch je warna background dan polka dot tu kan.

Beli Baju Kurung Kalthum Merona Bambina

Kain dia agak tebal tapi flowy. Macam biasalah dapat poskad Bambina, care instruction dan juga sticker. Ohh baru perasan tahun ni tak dapat sampul duit raya Bambina. Beli baju haritu pun tak dapat.

Beli Baju Kurung Kalthum Merona Bambina

Design baju kurung sama dengan yang saya beli sebelum ni. Tepi lengan baju, belahan dan tepi bawah baju ada sulam inspired dari bunga lawang.  Baju kurung yang cantik dan selesa di pakai. Tunggu next entry lah ye.