Februari 2026 | Hari yang ditunggu telah pun tiba. Kakak orang yang paling excited sambut birthday. Kebetulan pula 1hb tu jatuh pada hari Ahad. Dapatlah buat majlis pada hari yang tepat. Sesampai je kami di rumah adik ipar di KL, terus siapkan decoration belon birthday dulu.

Biras saya masak nasi tomato, spaghetti carbonara, sedikit kuih muih dan jajan. Adik ipar bawa pemanis mulut. Tapi gambar ni je yang sempat saya ambil. Sibuk mendeko!

Sambutan Birthday Anak Buah

Hasil deko belon mengikut tema yang kakak nak. Beli 1 set kat shopee je. Jenuh meniup belonnya. Menyesal pula tak beli pump sekali. Gigih masing-masing tiup belon sampai tak cukup nafas. Apa yang penting, kerjasama!

Sambutan Birthday Anak Buah

Ada dua biji kek, ibu dan abahnya beli dan juga adik ipar saya beli buat tambah-tambah risau keknya tak cukup. Alhamdulillah dapatlah berkongsi rezeki, menjamu selera tetamu yang hadir. Mak ayah mereka pun ada yang datang sekali. 

Sambutan Birthday Anak Buah

Dah makan, seronok masing-masing dapat goodies bag. Ada yang tak sabar nak tunggu balik rumah mewarna kat situ juga. 

Dan kakak paling seronoklah diraikan. Banyak dapat hadiah birthday dari ibu abah, Cik I Cik E, Pak Ngah Mak Ngah dan kawan-kawan. Bila buka hadiah, masing-masing wowww teruja tengok. 

Sambutan Birthday Anak Buah

Kakak happy, semua pun happy. Hadiah dari Pak Ngah Mak Ngah. Merealisasikan hadiah birthday yang disebut sebut. Nak rollerblade. Baiklah. Warna pink kita hadiahkan.

Sambutan Birthday Anak Buah

Kami beli di Decathlon saja. Banyak pilihan. Pilih yang ni selepas tanya ibunya. Kakak suka warna pastel macam poney tu.

Sambutan Birthday Anak Buah

Selesai majlis birthday kakak, lepak kejap dan beredar balik rumah masing-masing. Sambutan birthday yang ringkas tapi meriah gitu.

Lepas ni bolehlah main rollerblade. Jalan-jalan dengan sepatu rodaku. Eh, termenyanyi pulak dia.