Disember 2025 | Mood berblogging bukan saja terbang melayang-layang entah kemana, selera makan pun ikut sekali pergi. Entahlah ek. Tak tahu nak cakap macam mana. Kadang selera makan, kadang tidak.
Tiba-tiba rasa macam teringin makan woodfire burger. Rasa macam lama pula tak makan burger kayangan ni. Teringat-ingat pula rasa kesedapan burger dia. Encik Suami balik kerja singgahlah membeli. Nanti tak payah lah nak keluar semula kan.

Macam biasa burger yang dibungkus separuh diletakkan dalam kotak. Encik suami beli smoke burger dan saya pilih brisket burger. Saja nak rasa burger daging. Walaupun kita ni bukanlah peminat daging sangat. Tapi kalau burger daging ni boleh je diterima tekak.
Brisket dia lembut dan juicy juga. Tak bau lembu sangat. Selain sos yang sederhana, suka juga jenis burger ada jeruk timun. Dia macam penyedap rasa gitu. Tak muak makan burger. Burger Woodfire ni uniknya ada bawang holland goreng.
Ini antara menu yang biasa membeli lah kalau teringin menu di Woodfire. Menu apa lagi yang sedap?

![]() |
| Smoked burger RM24.90 |
Burger patty dia tebal dan juicy. Tak kering. Roti bijan tebal, ada bawang goreng, jeruk timun, sayur kobis dan sos pun tak terlalu banyak. Saya suka burger yang sosnya sederhana je.
![]() |
| Brisket burger RM39.90 |
Brisket dia lembut dan juicy juga. Tak bau lembu sangat. Selain sos yang sederhana, suka juga jenis burger ada jeruk timun. Dia macam penyedap rasa gitu. Tak muak makan burger. Burger Woodfire ni uniknya ada bawang holland goreng.
Sekarang ramai juga peniaga burger menggunakan bawang holland yang di caramelized kemudian di letakkan dalam burger. Sedap juga.
Selain burger, beli juga curly fries. Didatangkan sekali dengan sos cheese. Tak nampak pula bekas sos cheese tu tertutup dengan fries. Makan panas-panas sedaplah.
![]() |
| Curly fries RM6.90 |
Ini antara menu yang biasa membeli lah kalau teringin menu di Woodfire. Menu apa lagi yang sedap?

0 Comments