Disember 2025 | Hujung minggu pergi mencari pokok di Seremban landscape & Nursery Paroi, tempat favourite saya kalau nak mencari pokok bunga. Disini banyak pilihan untuk mereka yang hobinya bercucuk tanam.
Sajalah datang untuk mencari pokok baru. Pokok indoor saya ada yang semakin nazak. Takkan semua nak letak pothos je, bagilah pelbagai sikit hiasan dalam rumah tu kan. Lama juga saya tak update pokok-pokok saya.

Tempat jualan pokok-pokok bunga sangat luas. Rambang mata nak memilih pokok. Kalau tak jumpa pokok yang nak dibeli tu, tanya je pada pekerja. Nanti dia terus bawa pergi tempat pokok yang korang nak tu.

Kadang malas nak jalan-jalan mencari, terus je tanya. harga pokok-pokok bunga disini pun berpatutan. Macam-macam jenis ada.

Berkenan dengan pokok janggut ni tapi tak tahulah macam mana nak jaga dia. Buat perhiasan cantik sangat. Makanan dia cuma air dan udara je. Gunakan medium sabut untuk hidup.

Saya tak pusing-satu satu kedai pun sebab nanti terbeli yang lain pula kan. Sebab dah aim nak beli dua je. Spider plants dan english ivy untuk tanaman indoor.

Cukuplah dua pokok ni, lepas tu nanti buat re-pot kepada 2 pasu. Pekerja tu kata, siram dua kali sehari, Maksudnya tanah tu kena sentiasa lembap lah ye. Okay, baiklah. Kalau beli pokok bunga tu jangan tu tanya mereka macam mana penjagaanya.
Seremban landscape & nursery ni ada juga cawangan lain di Seremban 2. Baru buka tahun lepas kalau tak silaplah. Luas juga bangunannya dalam bangunan besar. Tak pernah singgah lagi kat situ. Kot terlimpas situ nanti bolehlah singgah.
0 Comments