Januari 2026 | Okay baru nak masuk cerita di bulan Januari. Itupun jauh lagi saya nak kejar sampai bulan Julai ni. Awal bulan Januari, mak mentua buat kenduri akikah dan tahlil sekali. Biasanya kalau sebelum puasa mesti akan buat kenduri untuk sambut puasa juga.
Buat awal sikit kendurinya sebab tarikh tu je yang available. Buat hari Sabtu, bermula jam 11.00 pagi. Orang Nismilan ni biasanya buat waktu siang pagi nak tengah hari macam tu. Kalau di Johor biasanya malam lepas Isya.
Lain tempat lain kelazimannya kan. Okay, bulan Januari haritu musim buah rambutan. Rumah mak mentua ni macam-macam jenis pokok buah ada. Rambutan, pisang, cempedak, asam gelugor, kelapa, langsat, avocado dan macam-macam lagi lah.
Bila musim rambutan, meriahlah buah rambutan setiap pokok. Ada bermacam-macam jenis juga. Jangan tanya saya rambutan tu nama apa. Memang saya tak tahu. Tahu makan je. Saya suka buah rambutan ni, isinya lekang tak melekat pada biji. Senang makan.
Awal musim lagi ni. Belum masak sepenuhnya lagi. Mana yang dah masak sikit tu dapatlah kita makan. Dapat dalam satu baldi jugalah masa tu. Mencabar sikit mengait kalau ada semut tu.

Isinya manis. Yang belum masak sangat tu kadang ada rasa kelat-kelat sikit. Suka juga makan macam tu. Sambil mengait sambil makan. Nikmatnya dapat makan rambutan fresh petik dari pokok.

Alhamdulillah buahnya banyak. Kena tunggu sikit masa lagi nak tunggu dia masak banyak. Kadang tak sempat tunggu, jadi habuan geng monyet.
Selain rambutan, nampak banyak juga cempedak. Geram je tengok buahnya yang banyak tu. Sebenarnya lama tak berbuah tu. Bertahun dah! Lepas batang pangkalnya terbakar sikit sebab bawah tu tempat bakar sampah, ehh terus dia berbuah pula. Banyak pula tu.

Tapi hasilnya tak dapat di makan pun. Banyak musuh haiwan kat sini. Kita pun jarang balik. Jadi rezeki mereka lah. Tak monyet, tupai.
0 Comments