Mac 2026 | Harga emas kejap naik kejap turun. Untung betul kalau beli emas masa harga rendah tu. Sebelum raya haritu pergi Habib Jewels nak tukar rantai tangan yang barulah sebab dah longgar. Tak best betul pakai longgar-longgar ni.
Suka pakai yang betul-betul muat ikut pergelangan tangan. Pergi Wah Chan haritu tak boleh potong. Kita pergi Wah Chan sebab beli kat situ juga tahun yang sama. Hadiah birthday yang tertangguh. Kalau potong jadi ketat katanya. Hmmm...
Hikmahnya dapatlah kita rantai tangan yang baru. Orang yang sabar selalu dapat yang terbaik. Pegang pada ayat tu. Setelah di racun dengan pelbagai jenis design, saya pilih design yang ala rapunzel ni. Macam rambut rapunzel. Emas 916 disadur dengan emas putih juga.
Pertama kali beli rantai tangan emas 916 dengan emas putih. Cantik juga kan. Katanya tahan lama emas putih tu lebih kurang 7-8 tahun macam tu. Nanti dia akan jadi warna emas juga. Suka tengok kemasan barang kemas Habib Jewels. Halus seninya, tak kasar. Mengerlip!
Upahnya mak aiii RM600 lebih. Pertama tengok upah mahal macam ni. Tapi sebab cantik. Kita buat-buat tak perasan je lah ek.
Jual yang lama dan tambah lebih kurang 4k lebih. Berat 15 gram lebih tak ada potong-potong. Elok muat ikut saiz tangan. Macam ni baru lah best pakai.
Lepas tu tukar juga rantai leher lama dengan yang baru. Pendek sikit dan lebih berat sikit. Pilih design pintal dan sedang-sedang je panjangnya.

Terima kasih Encik Suami belanja. Kiranya hadiah yang tertangguh jugalah walaupun tukar baru kan. Saya pula belanja Encik Suami cincin palladium diamond ring 925. Sama-sama memberi, sama-sama merasa.

Dapat percuma ice watch. Tak ingatlah beli cincin ke atau pembelian banyak dapat free. Selamat sudah bagi kat abang jam tu. Kita tak pakai jam macam tu. Bagi orang je lah daripada di simpan tak pakai kan.

Dapat juga sampul duit raya. Tahun ni macam lagi cantik menarik daripada sampul raya tahun lepas. Tahun ni motif songket. Paper beg pun cantik.

Ada rezeki kita hunting cincin pula tambah koleksi. Bila emas turun, modalnya tak ada. Bila modal ada, emas mahal lah pula. Begitulah kan...
6 Comments
Cantiiiiik model gelangnya .. memang macam kepang rambut Rapunzel 😍😄.
ReplyDeleteTangan saya kecil pergelangan tangannya. Itulah kenapa tak bisa pakai gelang. Sebab semua terlalu besar. Memang hrs dipotong, tapi kalau dipotong sayaaang kan.
Krn itu tak pakai lagi perhiasan , sebab dipaksa pakai pun akan lepas. Jadinya semua perhiasan saya , saat hrg tinggi waktu itu, saya jual , hanya menyisakan 1 cincin nikah. 😄. Uang hasil jual saya belikan gold bar. Kalau gold bar baru sukaaa 🤭.
Ya, cantik kan. Suka sangat. Saya pun kalau beli gelang kena potong sikit. Mujurlah yang ni ngam ngam je.
DeleteGold bar bagus untuk pelaburan.
wow weee bling bling gituuu
ReplyDeletecincin lelaki mcm tu harga dia sampai RM1K ke fiza? ke murah lg?
Bling bling tu yang memukau mata kita lalu terbeli. hihi..Cincin tu RM7++.
DeleteLumayan juga hadiah percuma diberi dan sampul duit rayapun bagi banyak.
ReplyDeleteHehe selamat melaram selalu.
Alhamdulillah..Dapat free gift yang best. hihi...
Delete