Mac 2026 | Cerita raya tahun 2026 baru nak muncul di bulan Julai. Aci lah kan. Seperti tajuk cerita, raya 2026 paling menyedihkan buat saya. Pertama kali raya tanpa mak. Selepas abah dah takde, kitalah yang selalu teman mak beraya.
Tak nak mak rasa sedih, tak nak mak rasa keseorangan. Nak mak rasa kegembiraan di hari raya. Aduhaii..sambil menaip pun dah banjir air mata dah. Huwaaa...Aaaa rindunya semua! Tak merasa dah nak raya bersama.
Lagi sedih bila takbir bergema, rindu pun bercerita. Pagi raya yang sangat sangat sangat sedih. Sumpah sedih sangat. Tak dapat nak diluahkan.
Tahun ni kita beraya di rumah mak mentua. Biasanya kami akan balik kedua-dua rumah di hari pertama tu. Cuma bezanya kampung siapa dulu lah. Tapi berbeza tahun ni, kita balik beraya di Kuala Pilah je dengan mak mentua.
Dua hari sebelum raya kami dah ada di kampung Kuala Pilah buat persiapan raya. Tolong mak mentua kemas rumah dan masak rendang. Yang lain balik lewat sikit.
Dalam kesibukan, sempat lagi tu membeli gelang di kedai Emas Nur Jannah tu. Dapatlah kita berhari raya dengan gelang baru. Dalam kesedihan, kita perlu tambah kegembiraan sendiri. Jadilah dapat join the trend stacking gelang.


Buaian tak ada, kita bergambar dekat pokok nan sebatang ni je lah ye. Walaupun dah pukul 5 lebih tapi masih panas. Cuaca panas bukan main-main masa raya haritu.

![]() |
| potrait by Encik Suami |
Tudung tu masa beli macam nampak hijau padan dengan baju Encik Suami. Tapi bila sampai nampak macam kelabu pula. Pakai je lah. Bolehlah kot warnanya sipi-sipi lebih kurang sepadan dengan baju. Hentam saja lah labuu...Kita raikan raya dengan apa adanya.

Hijau yang mendamaikan. Suasana yang tenang dan cantik. Memang ngamlah buat port bergambar. Kebetulan juga tengah musim padi yang sedang menguning. Tak berlamaan di sini setelah muka merah padam. Jomlah balik!

Dah happy² bergambar, lepas tu sambung sedih balik. Macam tu je mood kita boleh switched. Bukan tak reda tapi kehilangan tu amat menyakitkan—prolonged grief disorder.Takbir bergema memecah sunyi,Namun hati masih sunyi sendiri.Pagi Syawal yang seharusnya berseri,Kini hadir bersama rindu yang tidak bertepi.Syawal mengajar kita erti kehilangan,Bahawa tidak semua yang dirindu dapat pulang.Yang tinggal hanyalah doa dan kenangan,Mengiringi mereka yang telah pergi untuk selamanya.Al-Fatihah buat insan tercinta.Walau jasad terpisah oleh dunia,Kasih dan rindu tetap hidup di dalam jiwa.Selamat Hari Raya 2026.

16 Comments
Pastinya suasana aidilfitri terasa lain tanpa sosok ibu bapa. Nak grief tu ambil masa yg lama.. semoga arwah ditempatkan dalam kalangan org yg beriman.
ReplyDeleteBtw cantiknya ootd kak fizah!
Betul tu. Sangat berbeza.
DeleteAamiiin...
Terima kasih Mazni.
faham sangat situasi Fiza dipagi raya tu. Ehhhh ammi pulak bergenang airmata kat office ni.
ReplyDeleteHuwaa..sedihnya kan Ammi.
DeleteNice bracelet sis =D
ReplyDeleteTerima kasih.
Deletemasa raya hari tu, memang panas betul.. pedih2 muka, rasa gatal merenyam je
ReplyDeleteKann..tak tahan betul rasanya.
Deletekehilangan mak memang sesuatu yang paling sedih dalam hidup kita kan, namun begitulah suratan perjalanan kehidupan, kak ana faham apa yang Fiza lalui..
ReplyDeleteBenar. Ya, kita juga akan pergi satu hari nanti. Semoga dapat bertemu di syurga kelak. Aamiin...
DeleteTerima kasih Kak Ana.
tak leh nak imagine if i were to celebrate raya without my mom...sbb dh 84 tahun beraya bersama (ada lah 2x tak beraya di msia ie thn 2007 dan 2010 sbb i study kat UK)... i baca entry u pun i can feel kesedihan tu when u said u kali pertama beraya without ur mom
ReplyDeleteTerpaksa kuat melaluinya...
DeleteDi saat dah kehilangan, baru terasa sedih nya di momen raya ya kak 😔. Makin diingat, makin rindduuuuu sangat pasti. Orangtua saya keduanya masih ada, tp mertua dah tak ada. Masalahnya, saya paling dekat dengan mertua dibanding orangtua sendiri. JD paham lah rasanya saat raya tp orangtua tak ada.
ReplyDeleteYa, sedihnya tu terasa sampai bila-bila. Sangat terasa kan bila hilang orang yang kita sayang dan rapat.
Deletefaham sangat perasaan tu. Raya pertama tanpa insan tersayang terutamanya ibu memang paling berat dan sayu rasanya... Rindu yang tak ada penghujung. Apa pun, ootd Fiza tetap cantik & pemandangan dekat sawah padi menguning tu memang mendamaikan sangat. Semoga Fiza terus diberi kekuatan dan arwah mak ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah.
ReplyDeleteRindu yang tiada ubat juga. Aamiin..Terima kasih kak.
Delete