Februari 2026 | Berjumpa kembali doktor gigi edisi bulan Februari. Masa ni bulan Ramadan. Bulan Ramadan boleh buat rawatan gigi. Tak membatalkan puasa.
Syukurlah saya dapat booking slot pagi. Kalau slot petang tu, nanti kelam kabut pula nak masak berbuka dan jem. Tahulah Senawang tu jem dia macam mana pula kan.
Lepas daftar, sign consent dan pilih getah O-ring. Tak lama menunggu nama dipanggil masuk bilik doktor gigi. Saya pilih getah O-ring warna blackcurrent.
Bila dah tak pakai power chain tak perlu risau dah matching-matching. Pakai O-ring atas bawah warna yang sama je. Tiba-tiba doktor kata kena pakai elastic band semula. Sebabnya macam ada pergerakan gigi sikit.

Alahaiii kita baru nak bebas elastic band. Terpaksalah pakai semula. Cuma lebih mudah pakai elastic band heavy ni sebab dia besar sikit daripada yang medium. Cuma kena tahan sakit lah sikit tekanan tarikan tu. Bersusah payah semulalah kita nak makan kena buka pasang buka pasang.

Gigi depan hampir hampir menuju ke alignment yang betul. Tak lama je lagi tu.

Doktor kata "gigi cik dah tak banyak dah untuk dibetulkan, nanti dah boleh buka. Gigi pun rasa sedap gigi atas bawah dah kan". Buat masa ni kita buat monthly braces review macam biasa Alhamdulilah..tak sabar menunggu harinya.
So far setakat ni tak pernah lagi skip appointment. Urusan berjalan dengan lancar dan gigi bagi kerjasama bergerak seiring dengan plan doktor.
0 Comments