Februari 2026 | Janji temu doktor mata follow up untuk post surgery haritu. Bukan doktor mata (ophthalmologist & medical retina) je kena jumpa, kena jumpa doktor perubatan (internal medicine physician) sekali.

Pergi tak awal sangat. Lebih kurang pukul 9 pagi macam tu. Daftar dan kena ambil darah dan urine untuk janji temu dengan doktor perubatan.

Sementara tunggu result tu, kita jumpa doktor mata dulu. Alhamdulillah, so far keadaan mata baik-baik je. Jumpa doktor mata lagi bulan November nanti. Okay lambat lagi. Kita pun lega tak ada yang memudaratkan.
Jumpa doktor perubatan pula. Ada results yang tak memuaskan. Ala, kita baru nak lega. Kena lah kita ambil langkah berjaga-jaga. Risauuu...

Baru nak happy, dalam masa yang sama kena bersedih juga. Semoga Allah berikan kesihatan yang baik. Syukuri nikmat semasa sihat. Sakit itu ujian buat kita.
30 Comments
Bila buat ujian darah, memang ada je sangkut. Kalau keputusan semua baik, memang rezeki sangat. Semoga kita sama-sama dapat jaga makan minum dan kesihatan ya, Fizah. Akak punya ujian darah, bulan depan, Insya-Allah.
ReplyDeleteItulah tu. Kalau tak check, tak tahu dalaman kita ni kan. Mudah-mudahan terus baik. Kita risauuu..
DeleteAamiin...sama-samalah kita kak Nur. Semoga results Kak Nur pun baik-baik je.
Alhamdulillah. Sesungguhnya apabila kira tahu ada result yang tak memuaskan, itu tandanya kita akan sentiasa sihat sebab sentiasa berjaga-jaga dan boleh amalkan gaya hidup sihat. Betul kaaaaa....ahaks!
ReplyDeleteYa, kita dapat berjaga-jaga gitu kan. Hihi..kadang mengelat juga. huhu...adeh!
DeleteAlhamdulillah, syukur sangat keputusan pemeriksaan mata semua okay. Bab keputusan ujian darah yang kurang memuaskan tu, Fiza jangan risau sangat ya. Biasalah tu lepas berpantang pembedahan memang pergerakan kita terhad sikit. Lepas ni boleh mula slow-slow kayuh buat light exercise dan jaga pemakanan semula. Semoga terus diberikan kesihatan yang baik..akak cakap orang...hari tu dah pulun durian banyak..lepas tu 15/8 ada plak follow up..confirm kantoi
ReplyDeleteAlamak, kita pulak yang tambah risau ni. Dahlah baru makan durian jugak ni. Matilanakkk..kantoi jugak ni nanti. Hmm..kita buat-buat tak nampak je lah ek.
Deletekalau saya tengok keputusan ujian darah murung sekejap je,lepas tu mudah lupa..bila nak istiqomah ntah
ReplyDeleteItulah tu, kalau tak okay murung sampai ke malam pun boleh jadi tu. huhu...Entahlah ek, susah betul nak istiqomah ni.
DeleteHahaha kita pun seram gak nak jumpa doktor minggu depan.... dan bulan depan. Esp lepas makan durian ni kan 😅😅
ReplyDeleteHihi...Marilah kita seram bersama KakRet. Hadap je lah apa kata doktor nanti. huhu...
DeleteSaya isnin depan akan operation mata..... takut!!!
ReplyDeleteOperation apa tu afeezz? Tukar kanta ke? Semoga Allah permudah segala urusan awak. Aamiinn...
DeleteOh, tak sangka, selain jumpa doktor mata, kena jumpa doktor perubatan jugak ya. Bila fikir balik, betullah tu, ada kaitan kesihatan kita ni boleh memberi kesan pada mata. Harap tidak teruklah sangat kesimpulan doktor tu sampai Pizzah rasa sedih. Semoga segalanya baik² nanti.
ReplyDeleteYa, bergantung pada individu kalau ada masalah kesihatan yang lain. Agak mendukacitakan sikit lah untuk results tu. Tak sangka dan sedih juga. Semoga semuanya baik² saja akan datang.
DeleteAamiin...
Terima kasih kak.
Benda yang paling takut dalam dunia ni adalah tunggu result darah la.... seriau!
ReplyDeleteSetuju uncle! Dup dap dup dap
DeleteBila nak ujian darah tu, berdebar²..risau sangkut itu ini, tapi kalau tak cek, pun risau juga .dilema sungguh
ReplyDeleteTahu takpe. Risau betul kalau ada apa-apa tu. Memang dalam dilema sungguhlah.
DeleteBila dah tau ada yang tak ok mulalah kita risau kan fiza..moga sihat2 jew tau fiza.
ReplyDeleteItulah tu. Kenalah kita jaga pemakanan dan gaya hidup yang lebih sihat gitu. Harap begitulah. Terima kasih kak.
DeleteBila kak fizzy cakap ujian darah, says pun nak kena control diri
ReplyDeleteMarilah kita sama-sama kesihatan. Semoga Allah kurniakan kita kesihatan yang baik. Aamiin...
DeletePelan2 back to track lagi kak 🤗. Kalau dah lama tak senam, pelan2 mulai lagi. Pemeriksaan darah nih memang selalu buat risau. Krn kdg walaupun berat badan normal tp bisa saja kolesterol lah tinggi 😔.
ReplyDeleteYa, nampaknya begitulah. Kena pelan-pelan semula aktif. Betul, tu lah tu. Kalau berat badan ok pun nanti ada je yang tak okay. huhu...
DeleteTake care ya Fizah. Moga semuanya lebih baik nanti. Kena sama2 semua jaga kesihatan ni.
ReplyDeleteTake care juga kak. InsyaAllah..Semoga baik-baik je. Aamiin..
DeleteMarilah kita sama-sama jaga kesihatan.
msia ni syurga mknn...mencabar sgt2 bila nak kena jaga mkn ie most food kita ada sugar dan carbo..kena control/cut yg tu laaa
ReplyDeleteBetul, mencabar sungguh. Banyak gula tersembunyi dalam makanan kita. Itulah kena kawal pemakanan yang utamanya.
DeleteSemoga dipermudahkan segala urusan..Memang bila ada keputusan yang kurang memuaskan, rasa risau tue benda normal. Yang penting, kita dah tau lebih awal dan boleh ambil langkah berjaga-jaga
ReplyDeleteItulah tu. Tak boleh lari dari risau. Semoga baik-baik je.
Delete