Disember 2025 | Dalam perjalanan balik ke rumah lepas kenduri kahwin di Tampin, kami singgah makan ikan bakar di Restoran D''Pantai & D'Pedas. Dahulunya kedai ni di Jalan Jelebu. Kami pernah makan di Restoran D'Pantai tempat lama sekali tahun 2022.


Jus oren yang segar, lega tekak. Agak lama juga kami menunggu makanan sampai. Mungkin baru buka dan belum kemas barang sepenuhnya agaknya lah. Tak apa lah, kita bukan rushing atau lapar sangat. Menunggu dengan sabar.

Didatangkan bersama sambal kicap dan kuah asam. Dua-dua tak pedas, agak kecewa sikit. Tapi ikan tak mengecewakan. Segar dan tak hanyir. Sedap diratah begitu saja juga.


Tak sempat rasa nak rasa nasi goreng Encik Suami. Leka makan ikan bakar sampai tinggal tulang. Eh, bukan saya makan sorang, Encik Suami pun makan sekali. Kailan ikan masin macam biasalah sayur sedap, rangup.


Tentang harga pula saya dah lupa sebab dah lama. Resitnya pun entah kemana perginya. Gambar pun tak diambil.
Seingat saya tahun lepas pindah di lokasi baru di Batu 10 Kampung Pantai, Seremban. Baru ni lah ada peluang nak jejak sini. Pernah pergi sekali tapi tutup. Nampaknya haritu kira rezeki kamilah dapat singgah makan disini.


Masa kami sampai masih awal lagi. Hanya ada satu meja sahaja berpenghuni. Buat pesanan dengan scan QR yang diletakkan di atas meja. Saya pesan air jus oren dan Encik Suami teh O ais. Cawan diletakkan dalam gelas plastik bertutup. Senang agaknya kalau tak habis pelanggan senang nak takeaway.

Orang sabar selalu dapat yang terbaik, ingat tu! Sabar kerana si siakap bakar ni lah. Dah lama tak makan ikan siakap bakar macam ni. Dibakar ke dipanggang ek. Confused sudah. Kita bukan pakar sangat bab masakan ni.

Didatangkan bersama sambal kicap dan kuah asam. Dua-dua tak pedas, agak kecewa sikit. Tapi ikan tak mengecewakan. Segar dan tak hanyir. Sedap diratah begitu saja juga.

Saya makan nasi putih separuh. Tapi tak nampak macam separuh pun kan. Encik Suami pesan nasi goreng ayam kunyit. Sayur tak dilupakan, macam biasa kailan ikan masin. Susah ek nak pisahkan ikan bakar dan sayur kailan. Itu itu je yang kami pesan kalau makan ikan bakar.

Tak sempat rasa nak rasa nasi goreng Encik Suami. Leka makan ikan bakar sampai tinggal tulang. Eh, bukan saya makan sorang, Encik Suami pun makan sekali. Kailan ikan masin macam biasalah sayur sedap, rangup.
Tadi semasa tunggu makanan sampai, sempatlah juga ambil gambar dekorasi kedai.

Ruang makan yang besar dan selesa. Tapi kurang selesa tang kerusi dan meja tu. Jenis yang tak boleh nak angkat.

Kat sini pada saya paling win ikan siakap bakar tu lah. Kat restoran lain macam tak pernah jumpa lagi. Tapi kalau ada ikan siakap bakar sambal tu, saya pilih yang sambal. Yang tu lebih juicy. Tapi kalau nak garing sikit boleh pilih jenis ikan bakar macam ni.
Tentang harga pula saya dah lupa sebab dah lama. Resitnya pun entah kemana perginya. Gambar pun tak diambil.
16 Comments
Sedap nasi goreng tu
ReplyDeleteYa, habis husband saya makan.
DeleteIkan bakar kosong (w/out sambal) gini mmg sedap diratah², apatah lagi jika ikannya segar. Teringin pulak dah aduhai 🤭
ReplyDeleteBetul tu kak. Sebab dia macam fresh dan sedap gitu. Bolehlah sok sok mencari ikan siakap bakar macam ni.
DeletePeminat ikan bakar mesti puji kalau dapat yang segar macam ni. Walaupun kuah asam dengan sambal kicap dia kurang pedas, tapi kalau isi ikan siakap tu dah manis, garing, dan tak hanyir, memang layan diratah macam tu jer. Terus rasa lapar tengok ikan siakap bakar ni! Kak SA rumah dekat je tapi x pernah sampai lagi kat tempat baru diorang ni
ReplyDeleteKembang kucup tukang masak kalau dengar dok puji masakan dia kan. A'ah kalau dari rumah akak lagi dekat sikit. Tapi kalau ke sana waktu malam kena hati-hati drive sebab jalan gelap dan berliku sikit kan.
DeletePhizzah sama dengan akak la, selalu keliru nak tulis masak bakar atau panggang. Mesti sedap ikan bakar tu sampai leka memakannya hingga terlupa menjamah nasi goreng orang depan tu, hihi.
ReplyDeleteItulah tu. Tak tahu kita nak bezakan dia. Leka makan sampai lupa nak rasa nasi goreng tu. hihihi...
Deletepenyabarnya kak fiza tunggu makanan lambat sampai. baru je haritu saya makan kedai ikan bakar, ikannya dah dapat dulu. tpi nasi belum dapat2 lagi lepas 30 minit ikan sampai. saya terus pulangkan balik ikan tu kat cashier, cakap dah taknak tunggu hahaha
ReplyDeletenampak sedap ikan bakar tu!
Dia tak adalah menunggu lama sangat sangat ber jam. Tapi kalau ada pelanggan ramai, kena menunggu lama sikit macam pelik sikitlah kan. Tapi tu lah kita fikir positif je. Lagipun tak rushing atau lapar, jadi boleh sabar menunggu. Mak aihhh..ini pelik nau ni. Nasi dah siap masak kot. Awat kena tunggu lama sampai 30 minit lamanya. Kesilapan teknikal lah tu agaknya. Ish ish..tak patutnya kan service dorang macam tu.
DeleteJarang juga makan siakap bakar. Selalu steam atau tiga rasa.
ReplyDeleteOh ye ke? Saya ingatkan ikan siakap bakar tu macam common menu je.
Deletekerusi dan meja jenis gini, mcm mkn kat food court/rnr etc
ReplyDeleteBetul, sebab senang kerja dorang tak perlu alihkan semua tu dan senang bersih. Tak ada kecurian pun ye.
DeleteAmmi pergi awal bulan 6 haritu, ntahlah ammi rasa mcm dah tak sama je rasa masakannya. Kurang rasa gitu. Bab nak tunggu ikan bakar tu pun memanglah...memang menguji kesabaran sebab lama macam dah boleh sampai ke tol sg besilah dari Seremban. hahaha
ReplyDeleteOhh baru lagi lah. Saya rasa ikan tu je lah paling ok. Yang lain biasa je. Tulah tu, menunggu lama yang tak best tu. Amboii sampai ke tol Sungai Besi terus ye Ammi..
Delete